Terkini

Menu

Beratnya Tanggungjawab Bapa

Beratnya Tanggungjawab Bapa


Dalam motivasi Dr Hasan Din Al Hafiz menyebut dalam Hadis Nabi menggariskan tiga tanggungjawab seorang bapa.

Pertama: 
Memilih nama yang baik kepada anak. Anak jangan dipanggil dengan nama yang tidak elok. Di Akhirat kelak, anak akan berjumpa dengan bapa dan meminta menukar nama yang lain. Nabi kata nama tidak boleh ditukar di akhirat. Wah berat betul peranan nama ni ye.

Kedua:
Bilamana anak berakal atau mumayiz beri dia ilmu berguna iaitu ilmu agama, thaharah, ibadat dan lain-lain.

Ketiga: 
Bila anak sudah besar, bapa bertanggungjawab menentukan bakal menantunya. Dalam budaya orang Melayu, kebiasaannya ibu yang menentukan menantu, ayah mengikut saja. Datuk Dr Hasan Din Al Hafiz memberi contoh anak lelaki nak kahwin, bapa perlu tengok orangnya dahulu. Bawa balik ke rumah kalau terpaksa. Begitu juga kalau anak perempuan nak kahwin, bapa kena tengok bakal menantu lelakinya.

Datuk Abu Hasan Din mengingatkan seorang bapa perlu memberi didikan agama kepada anak-anaknya. Kalau perlu panggil ustaz ke rumah untuk mengajarkan ilmu agama. Budaya kita juga suka memanggil guru muzik datang ke rumah untuk mengajar anak bermain muzik. Ini sudah tidak betul.

Pesan Datuk Dr. Hasan Din lagi: 
Dalam zaman Saidina Umar satu ketika seorang sahabat mengadap Saidina Umar dan berkata, Wahai Umar, anakku adalah anak derhaka. Umar berkata, bawalah anakmu kemari berjumpa denganku. Sebaik anak itu mengadap Saidina Umar, Umar bertanya kepada si anak, apakah kamu tidak tahu dosa jika menderhaka kepada orang tuamua.
Si anak menjawab. Apakah tanggungjawab bapa. Umar menerangkan ada tiga tanggungjawab seorang bapa. Umar juga menambah yang keempat iaitu memilih perempuan yang baik untuk menjadi ibu kepada anaknya nanti. Si anak menjawab. Demi Allah keempat-empat tanggungjawab itu tiada pada bapa saya.
Bapa saya tidak memilih perempuan yang baik menjadi isterinya. Bapanya memilih pelacur di sarang pelacuran. Bapa saya juga memberi nama yang membawa maksud pelawak jantan. Bapa juga tidak memberitahu yang mana perkara wajib dan yang mana bukan. Bapa saya tidak kisah pun siapa pasangan saya.
Dengan itu Umar berkata kepada bapa yang mengadu, kamulah yang sepatutnya dihukum bukan si anak. 
Begitulah sekali beratnya tanggungjawab menjadi seorang bapa.

Datuk Dr Hasan Din AlHafiz juga menambah supaya membaca surah Al-Insyirah dan ayat penerang hati dan berikan air yang telah didoakan itu kepada anak-anak supaya Allah lapangkan dada anak-anak. Kalau ibubapa memberi nasihat anak-anak akan menerima.


Cerita Datuk Dr Hasan Din Al Hafiz lagi, Nabi berkata apabila kita hendak menyuap nasi, dan nasi itu terjatuh di atas meja. Kutiplah kalau tidak kotor sebab kita tak tahu yang mana satu butir nasi yang berkat. Contohnya lagi budaya orang Melayu, kalau ziarah rumah orang dan kita dihidangkan dengan kuih cekodok. Pasti kita sebagai tetamu tidak menghabiskan cekodok itu sebab takut dituduh pelahap. Sedangkan kita tak tahu yang mana satu yang berkat. Inilah antara contoh didikan yang perlu bapa berikan kepada anak-anak.

Mudah-mudahan dengan perkongsian motivasi Datuk Dr Hasan Din AlHafiz ini dapat memberi manafaat kepada semua kaum bapa dan bakal-bakal bapa diluar sana.Wallahualam

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Beratnya Tanggungjawab Bapa "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM