Terkini

Menu

Kelahiran Pramatang, Normal, Terlebih Hari

Fakta Kelahiran Pramatang, Normal, Terlebih Hari

bayi tak cukup bulan

Berapa minggu kehamilan berlaku? Apa yang dikatakan tidak cukup hari, terlebih hari, lebih masa.


  • Kelahiran dalam tempoh kehamilan di antara 20 hingga 38 minggu dikira sebagai bayi pramatang/pramasa (premature).
  • Bayi mungkin dapat diselamatkan dengan kemajuan rawatan rapi perubatan.
  • Semakin menghampiri 38 minggu ini, semakin tinggi peluang bayi untuk hidup.
  • Hampir semua kelahiran dengan usia 34 minggu adalah selamat jika mendapat bantuan perubatan sewajarnya.
  • Wanita berumur kurang 20 tahun melahirkan lebih ramai bayi pramatang daripada wanita 20 - 34 tahun, begitu juga dengan wanita yang merokok.
  • Ibu perlu peka dengan kehamilannya dan tanda-tanda kelahiran untuk mengelakkan daripada kelahiran pramasa.


Tempoh Selamat

  • Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu.
  • 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sekitar 10 hari sebelum 40 minggu kehamilan.
  • Waktu 40 minggu ini adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir. (tips: gunakan Kalendar Kehamilan untuk mengira tarikh kehamilan anda).

  • Bayi dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu.
  • Jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.
  • Kehamilan lebih masa (42 minggu) dikaitkan dengan risiko kepada bayi.
  • Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.
  • Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika ibu didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi). Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan ibu setelah mendapat pandangan doktor.
Sumber: Facebook
Kelahiran Pramatang, Normal, Terlebih Hari

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Kelahiran Pramatang, Normal, Terlebih Hari "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM