Terkini

Menu

Amalan Wajar Dilakukan Ketika Hamil



MELAHIRKAN anak yang sihat dan sempurna sudah semestinya menjadi impian setiap wanita. Justeru, kesihatan dan penjagaan ketika hamil perlu dititikberatkan. Ini kerana, ibu hamil memerlukan penjagaan kesihatan yang sempurna untuk melahirkan anak yang sihat.

Antara amalan dan penjagaan yang boleh diikuti ialah: 
  • Makan makanan mencukupi dan seimbang setiap hari. 
  • Tidur dan rehat secukupnya. 
  • Sentiasa bertenang. 
  • Jaga kebersihan diri. 
  • Mandi setiap hari. 
  • Berpakaian bersih dan selesa. 
  • Dapatkan pemeriksaan di klinik, pusat kesihatan atau hospital seperti dinasihatkan oleh kakitangan kesihatan. 

Selain itu, ibu hamil juga perlu sering menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat doktor jika: 
  • Berusia di bawah 19 tahun. 
  • Hamil anak sulung ketika berusia 35 tahun ke atas. 
  • Hamil ketika berusia lebih 40 tahun. 
  • Kandungan anak yang kelima atau lebih. 
  •  Tiada Lagi Letih & Lesu Semasa Hamil
  • Jarak kelahiran kurang daripada dua tahun atau lima tahun ke atas. 
  • Ibu yang mempunyai masalah pada kandungan lalu seperti tumpah darah ketika hamil, tumpah darah selepas bersalin, anak mati di dalam perut, keguguran berturut-turut, lebih daripada dua kali pada kandungan yang lalu. 
  • Ibu hamil berpenyakit diabetes. 
  • Ibu hamil menghidap buah pinggang. 
  • Ibu berpenyakit jantung. 
  • Kehamilan kembar. 
  • Kedudukan janin luar biasa sama ada songsang atau melintang. 
  • Kurang darah. 
  • Menghidap darah tinggi, kencing kotor dan kaki bengkak ketika hamil. 

Justeru, ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari klinik, pusat kesihatan atau hospital berhampiran dan jangan lupa ikuti nasihat yang diberikan itu. Pastikan anda bersalin di hospital.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Amalan Wajar Dilakukan Ketika Hamil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM