Terkini

Menu

Risiko Berurut Ketika Hamil

Berurut Ketika Hamil Boleh Jejaskan Janin


SAYA berusia 32 tahun dan kini mempunyai seorang cahaya mata berusia dua setengah tahun. Baru-baru ini saya mendapatkan perkhidmatan urut daripada seorang wanita. Masalahnya, ketika wanita itu mengurut saya, saya tidak tahu yang saya hamil dua bulan.

Apakah ia berbahaya untuk janin di dalam rahim saya? Buat pengetahuan doktor, tukang urut itu turut mengurut peranakan saya dan ini yang merisaukan fikiran saya sekarang.

Harap mendapat penjelasan doktor.

Ibu muda - Selangor.


JAWAPAN:

SAIZ rahim yang normal dan tidak hamil adalah berbentuk macam buah pear berukuran sembilan sentimeter panjang dan enam sentimeter lebar. Rahim terletak dalam kerangka pelvis dan tidak dapat dirasai apabila bahagian luaran perut diperiksa. 

Rahim disokong oleh ligamen untuk menetapkannya di dalam kerangka pelvis. Apabila sokongan ini kendur seperti selepas menopaus, kadangkala kedudukan rahim menurun ke bawah iaitu rahim terletak di dalam faraj dan ada kemungkinan terkeluar daripada faraj .

Keadaan ini dikenali sebagai prolaps iaitu pemindahan sesuatu organ atau sebahagiannya daripada kedudukan yang normal ke arah bawah.

Rahim hanya dapat dirasai melalui pemeriksaan atas perut apabila ia membesar (seperti hamil atau ada ketumbuhan seperti fibroid) melebihi saiz tiga bulan mengandung. 

Keadaan ini berlaku kerana rahim sebesar tiga bulan mengandung akan membesar keluar daripada kerangka pelvis dan bersandar di belakang bahagian tulang simpasis pubis.

Jika dilakukan dengan kuat, mengurut perut boleh membahayakan organ yang ada di dalam perut seperti usus. 

Usus boleh luka (lebam) akibat tekanan yang kuat ketika mengurut. Begitu juga bagi ibu yang hamil, mengurut perut, terutamanya jika dilakukan dengan kuat boleh menjejaskan kesihatan janin.

Mengurut boleh menyebabkan "abruptio placentae" – satu keadaan apabila uri terpisah daripada dinding rahim sebelum kelahiran bayi. 

Keadaan ini boleh menyebabkan penyaluran oksigen dan makanan kepada janin terjejas.

Bagi keadaan puan, kemungkinan janin terjejas adalah kecil kerana saiz rahim belum begitu besar (dua bulan hamil) untuk dirasai ketika mengurut. Rahim pada usia sebegitu masih lagi berada di dalam kerangka pelvis.

Mengurut perut ketika hamil selalunya dilakukan oleh sesetengah wanita terutamanya jika kedudukan bayi itu tidak normal seperti bayi songsang atau merasakan bayi rendah ke bawah.

Bagi kedudukan songsang, mengurut perut untuk membetulkan kedudukan bayi tidak diperlukan terutamanya pada awal kandungan iaitu sebelum masuk sembilan bulan (minggu ke-36). 

Bayi lazimnya berkedudukan songsang pada awal kehamilan hinggalah berumur 34 minggu. 

Selepas itu, kajian menunjukkan hanya tiga hingga empat peratus bayi saja yang masih berkedudukan songsang pada 38-40 minggu. 

Kebanyakan bayi songsang akan berpusing menjadi normal dengan sendirinya tanpa perlu pertolongan luar untuk membetulkan kedudukannya.

Sumber
Risiko Berurut Ketika Hamil

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Risiko Berurut Ketika Hamil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM