Terkini

Menu

Kematian Anak Kecil

Kematian Anak Kecil

Kematian Anak Kecil

Ibu bapa yang kematian anak kecilnya (anak yang belum baligh), maka Allah benarkan anaknya itu mencari mereka dalam keramaian manusia yang menunggu hisab dan membawa mereka ke syurga. Namun ada dua syarat yang melayakkan ibu bapa mendapat kelebihan itu, yakni sewaktu anak mereka meninggal, mereka SABAR dan REDHA pada Allah.. - Riwayat: (at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
"Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:Ya. Allah bertanya lagi: Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya? Malaikat menjawab:Ya. Allah bertanya kali ketiga:Apakah kata hamba-Ku? Malaikat menjawab:Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali. Allah Ta'ala memerintahkan malaikat-Nya: Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ˜Rumah Kesyukuran'".

Hadis riwayat Abu Hassan radhiyallahu’anhu, ia berkata:
"Saya mengatakan kepada Abu Hurairah, bahawa dua orang anakku telah meninggal dunia. Adakah berita (hadits) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang dapat engkau sampaikan kepadaku yang dapat menyenangkan hati kami berkenaan dengan anak kami yang meninggal itu. Abu Hurairah menjawab: Ada! Anak-anak kecil (yang meninggal) menjadi kanak-kanak syurga, ditemuinya kedua ibu bapaknya, lalu dipegangnya pakaian ibu bapaknya - sebagaimana saya memegang tepi pakaian ini – dan tidak berhenti (memegang pakaian) sampai Allah memasukkannya dan kedua ibu bapaknya kedalam syurga." (Hadis Sahih Riwayat Muslim : 2635-1524)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Kematian Anak Kecil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM