Terkini

Menu

Tips Elak Dan Rawat Kejang Kaki Ketika Mengandung

Tips Elak Dan Rawat Kejang Kaki Ketika Mengandung

Tips Elak Dan Rawat Kejang Kaki Ketika Mengandung
Sebab utama kaki kejang ketika mengandung tidak dapat dipastikan, mungkin sebab otot kaki si ibu mengalami keletihan, tambahan pula perlu membawa beban berlebihan.


Ada kemungkinan juga kaki kejang berlaku kerana rahim yang membesar menyempitkan pembuluh darah yang membawa darah dari jantung ke kaki, serta menyekat saraf ke kaki. Kekejangan kaki biasa terjadi pada trimester kedua kehamilan dan ke atas biasanya apabila perut semakin besar. Ia juga biasa terjadi waktu siang, namun lebih kerap terjadi waktu malam dan sering ganggu tidur kita.


Ibu-ibu hamil boleh mencuba tips ini untuk mengelakkan kejang kaki dengan:-

  • Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama.
  • Regangkan otot betis anda dengan kerap semasa kali sehari dan beberapa sebelum anda pergi tidur .
  • Memusing buku lali dan menggoyangkan kaki anda apabila duduk makan malam atau menonton TV.
  • Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.
  • Elakkan terlalu letih .Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.
  • Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat.
  • Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda.
Tips Elak Dan Rawat Kejang Kaki Ketika Mengandung

Apa yang perlu dilakukan ketika kaki kejang?

Apabila kaki kejang, anda perlu cepat-cepat lurus kan kaki dan betis, goyangkan jari-jari kaki ke depan dan kebelakang beberapa kali. Ia memang menyakitkan pada mulanya, tetapi kesakitan akan beransur hilang.

Anda juga boleh melegakan kejang kaki dengan mengurut kaki serta meletakkan botol yang mengandungi air suam/panas bagi melegakan otot yang kejang.

Sumber

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tips Elak Dan Rawat Kejang Kaki Ketika Mengandung "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM