Tips Mendidik Anak Lelaki
PERANAN BAPA:
- Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun
- Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya
- Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
- Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak. cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
- Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.
PERANAN IBU:
- Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
- Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
- Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil
- Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana.
Sumber: Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj.
Share This:
Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋
Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.
Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.
Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?
Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤
Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊
Smoga bermanfaat trme ksih...aamiinn
BalasPadam