18 Info Penting Bagi Ibu Hamil
Banyak informasi sekitar kehamilan, baik yang fakta mahu pun sekadar mitos. Tidak semua informasi yang anda dengar, benar sepenuhnya . Untuk itu Dr Shilpa Mitthal, seorang ahli gizi dan konsultan dan Dr Sunita Pathania dari Mumbai, India. memberikan 18 informasi penting bagi Ibu hamil.
1. Periksa Tahap Tiroid
Dr Shilpa mengatakan ada metabolisme kurang aktif yang boleh terjadi semasa kehamilan. Hal itu biasa nya disebut hipotiroidisme dan kebiasaannya tidak dikesan pada awal kehamilan. Hipotiroidisme mengakibatkan cacat pada bayi atau keguguran. Segera lakukan pemeriksaan tahap tiroid anda setelah doktor menyatakan anda positif hamil.
2. Hidrasi
70 % tubuh manusia terdiri dari cairan. Minum air yang cukup selama kehamilan sangat penting bagi anda dan janin. Cairan yang cukup akan mencegah terjadinya keguguran, gangguan pencernaan dan infeksi urin. Kadar air yang ideal yang harus anda ambil bagi satu hari adalah 12 gelas (200 mililiter per gelas) atau bersamaan dengan 2400 mililiter air.
3. Jauhi Kucing
Hindari kucing semasa kehamilan kerana binatang berbulu cantik ini mengandungi parasit yang boleh menyebabkan infeksi toksoplasmosis. Toksoplasmosis mengakibatkan buta dan kerosakan otak dikalangan bayi .
4. Makan Pisang untuk Mencegah Kekejangan
Kaki kejang kerap terjadi ketika hamil. Untuk mencegah kaki kejang, pastikan anda memakan pisang sebelum tidur. Kandungan potasium yang terdapat pada pisang membantu mencegah dan meredakan sakit otot.
5. Bersenam
Bersenam sangat penting bagi ibu hamil. Tapi pastikan anda mendapatkan pandangan dari doktor anda sebelum memulai sebarang senaman. Hindari senaman berat seperti angkat beban dan menahan nafas terlalu lama karena menahan nafas akan menghalang oksigen pada janin anda. Senaman yang dianjurkan Dr Shilpa adalah jalan kaki, pilates dan yoga.
6. Makan Makanan Yang Kaya Dengan Asid Folic
Asid folic sangat diperlukan oleh janin diawal hayatnya di rahim anda. Ambil asid folic anda antara 400 - 800 mikrogram setiap hari. Asid folic boleh didapati pada sayuran berwarna hijau, kacang kering dan buah limau. Makanlah makanan yang mengandung asid folic secukupnya karena berlebihan asid folic juga tidak baik untuk janin anda.
7. Kurangkan Kafein, Alkohol dan Rokok
Kafein yang terdapat pada kopi, alkohol dan rokok adalah tiga perkara yang harus anda hindari ketika hamil. Hindari asap kerana ianya bahaya pada jantung bayi anda.
8. Pakai Seat Belt
9. Tidur Cukup
Tidur yang mecukupi; 8 jam sehari akan membuat anda lebih segar. Waktu tidur yang mencukupi sangat baik untuk anda dan janin kerana tidur malam dapat mengembalikan tenaga anda yang digunakan seharian. Ramai ibu hamil yang mengalami insomnia semasa kehamilan, cubalah menggunakan bantal kehamilan agar anda lebih selesa ketika tidur.
10. Hindari Daging Mentah
Hindari makanan yang masih mentah seperti ikan pada sajian sushi, ayam yang dibakar setengah masak dan telur setengah masak. Makanan yang kurang masak berisiko mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini sangat tidak baik untuk perkembangan janin anda.
11. Jaga Kesihatan Mulut
Jagalah kesihatan mulut anda semasa kehamilan dengan rutin menggosok gigi 3 kali sehari. Biasanya, masalah gigi yang biasa terjadi semasa kehamilan seperti gusi bengkak dan berdarah. Kunjungi doktor gigi enam bulan sekali untuk memeriksa kesihatan gigi anda.
12. Kaki Yang Selesa
Apabila memasuki trimester akhir, kaki bengkak pada ibu hamil kerap terjadi. Ukuran kasut dan sandal pun berubah serta menganggu keselesaan dalam beraktiviti. Pakailah kasut atau sandal yang selesa untuk kaki anda. Pastikan anda tidak terganggu dengan pembengkakan yang terjadi pada kaki anda. Anda boleh merendam kaki dengan air hangat yang ditaburi garam apabila balik dari kerja.
13. Jangan Terlalu Banyak Makan Daging
Kurangkan mengambil daging merah dan ayam. Kerana kandungan pestisid dan ubat-ubatan yang disuntik pada daging dan ayam akan menganggu pertumbuhan janin anda.
14. Hindari Sauna dan Spa
Sauna dan spa tidak disyorkan pada ibu hamil kerana akan menimbulkan kontraksi pada rahim.
15. Cubalah Akupuntur
Akupuntur dapat mengubati sembelit, insomnia dan rasa cemas berlebihan semasa kehamilan. Terapi akupuntur adalah selamat dan diperbolehkan ketika hamil.
16. Jauhi Kosmetik
Hindari kosmetik yang memiliki kandungan kimia yang tinggi. Penggunaan kosmetik dengan bahan-bahan berbahaya seperti adanya merkuri dalam kosmetik tersebut akan mempengaruhi pertumbuhan janin anda. Adalah lebih baik anda tampil natural selama 9 bulan demi kesihatan janin anda.Ibu & Janin Yang Sihat
17. Jaga Berat Badan
Jagalah berat badan anda agar tetap dalam keadaan stabil yakni tidak terlalu kurus dan tidak overweight. Pastikan keperluan kalori harian anda pada kadar 135 kalori .
18. Hindari Membawa Beban Berat
Kedudukan graviti anda ketika hamil akan berubah yakni berpusat di bahagian hadapan. Seiring pembesaran perut anda, anda akan berasa sulit untuk membawa barang-barang berat. Mintalah seseorang untuk membawakan barang belian anda ke kenderaan atau minta tolong daripada suami untuk membawa baju cucian untuk dijemur. Hindari mengangkat beban berat kerana berisiko untuk rahim tertekan dan sakit pada punggung.
thanks for sharing. sangat berguna infonya
BalasPadamSangat berguna..kadang2 ambik mudah je benda2 tu..
BalasPadamhttp://www.rahsiaummi.com/sembelit-selepas-bersalin/
Nice sharing
BalasPadamhttp://familisihat.wordpress.com