Terkini

Menu

Anak Alami Alergi?

Anak Alami Alergi?


Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Melihat si kecil cirit-birit, muntah atau mengalami bengkak di bahagian anggota tubuh sebagai salah satu reaksi daripada alergi tentunya bukan perkara yang mudah bagi ibu bapa. Fakta menunjukkan bahawa jumlah kanak-kanak yang menderita alergi semakin meningkat di seluruh dunia sehingga ia menjadi masalah global.

Alergi pada bayi
Sebaiknya ibu bapa cuba mengenali dahulu serba sedikit mengenai alergi yang dideritai oleh si kecil untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat. Alergi merupakan reaksi tubuh yang berlebihan terhadap lingkungan atau bahan-bahan yang tidak boleh diterima tubuh.

Lazimnya berlaku pada bayi berusia bawah dua tahun, terutama di bawah tiga bulan. Ini kerana semenjak usia lahir sehingga tiga tahun, organ tubuh yang paling sensitif ialah kulit dan pencernaan, tidak hairanlah ramai kanak-kanak yang menderita alergi terhadap jenis makanan yang diambil.

Terdapat beberapa jenis alergi yang kerap menyerang bayi dan kanak-kanak, antaranya:


Debu
Alergi hama adalah reaksi terhadap partikel kecil yang berkembang biak dalam suhu yang hangat dan lembap seperti selimut, kain dan karpet. Dalam kes ringan, ia menyebabkan demam, bersin, kesejukan, mata merah atau berair, batuk, hidung tersumbat dan hingus berair. Namun ia boleh lebih serius apabila membuatkan penderita mengalami asma, sakit di bahagian dada hingga sesak nafas.


Susu lembu
Bagi bayi, susu lembu termasuk protein yang asing. Oleh itu susu ini sebaiknya diberikan setelah bayi berusia satu tahun. Protein susu lembu boleh menyebabkan alergi yang berterusan sehingga memasuki usia remaja. Ini termasuklah mengambil produk olahan susu seperti ais krim, keju dan yogurt.


Telur
Alergi telur berlaku kerana terdapat tiga protein dalam telur, iaitu ovomucoid, ovalbumin dan conalbumin. Lazimnya penderita alergi terhadap telur juga menghadapi alergi terhadap ayam dan ayam Belanda. Bagaimanapun, 80 hingga 90 peratus alergi telur pada kanak-kanak akan hilang dengan sendirinya ketika mereka berusia tiga tahun.


Ikan dan makanan laut
Ia salah satu jenis alergen yang kuat, khususnya ikan laut, udang dan ketam. Bentuk reaksi alergi yang sering muncul adalah asma. Dengan hanya mencium bau yang sedang dimasak, anak yang sangat sensitif boleh mengalami sesak nafas dan bersin. Biasanya bengkak di kawasan bibir atau muntah adalah reaksi yang sering berlaku.


Kekacang
Gejala yang biasa dihadapi ialah gatal di tekak. Walau bagaimanapun memandangkan sifat alergennya yang rendah, ia menjadi pengganti susu lembu pada anak yang alergi susu lembu.


Sayur dan buah-buahan
Alergi terhadap sayur dan buah-buahan sering dialami mereka yang juga alergi terhadap serbuk bunga. Sifat alerginya akan hilang jika sayur dan buah-buahan dimasak selama dua minit.



FAKTOR UTAMA PENYEBAB ALERGI

Genetik atau keturunan
Jika ibu bapa mempunyai alergi, maka anak berisiko sekitar 60 peratus. Jika sebaliknya, maka ia hanya berisiko 15 peratus sahaja.


Makanan
Alergi pada makanan sering dialami oleh kanak-kanak mahupun dewasa. Banyak gejala yang biasanya timbul akibat sistem kekebalan tubuh melepas antibodi sebagai respons terhadap makanan tertentu.


Fizikal
Kepenatan merupakan salah satu penyebab utama dan paling mengganggu. Ketika keletihan, sistem kekebalan tubuh menurun sehingga tidak dapat menyaring zat-zat yang masuk ke dalam tubuh.


Psikologi
Ketika anda sedang tertekan, maka emosi tidak boleh dikawal dengan baik. Stres mencetuskan penghasilan imunoglobulin E dan protein yang menyebabkan reaksi alergi pada tubuh.


Persekitaran
Kanak-kanak boleh mengalami alergi terhadap persekitaran seperti debu, asap kenderaan, bau cat atau asap rokok. Ia biasanya mengganggu pernafasan, mata merah dan batuk.


Cuaca
Udara panas, lembap dan perubahan cuaca ekstrem boleh mengakibatkan alergi pada individu tertentu.

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Anak Alami Alergi? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM