Terkini

Menu

Anak Suka Gigit Kuku

Anak Suka Gigit Kuku

Ada kanak-kanak yang mempunyai tabiat suka menggigit kuku. Puas menegahnya tetapi dia tetap mengulang tabiat tersebut. Kita bimbang dia boleh jatuh sakit akibat termakan bakteria dari kukunya sendiri.

Menggigit kuku, menghisap jari, menggentel bantal, selimut atau kain lampin merupakan satu tabiat yang biasa dalam kalangan kanak-kanak. Antara tingkah laku tersebut, menggigit kuku yang paling merungsingkan ibu bapa. Ini mungkin disebabkan kuku mengandungi kotoran dan berkuman.

Di samping itu, ibu bapa juga bimbang jari anak boleh luka dan kukunya terkoyak disebabkan terlalu kerap digigit. Keadaan sedemikan sebenarnya memang boleh berlaku. Kuku anak boleh terkoyak, berdarah dan menyebabkan jarinya bengkak.

Kanak-kanak mula membentuk tabiat suka menggigit kuku menjelang usianya dua tahun. Biasanya, mereka sibuk dengan tabiat tersebut semasa berbaring untuk tidur, ketika mengantuk, menyusu, menonton televisyen atau semasa sedih, kecewa dan dimarahi.

Tabiat ini salah satu cara kanak-kanak melepaskan perasaannya dan mencari keselesaan. Perbuatan ini akan dilakukan dengan lebih kerap apabila dia merasa tertekan dan persekitaran mengganggunya. Walaupun pelbagai cara digunakan untuk menghentikan tabiat ini, ia tetap berulang kembali. Mengapa? Ini kerana tabiat itu mempunyai kaitan yang kuat dengan emosi anak.

Cadangan cara mengatasinya:
    tabiat suka menggigit kuku
  • Atasi dari peringkat awal usianya, sebelum ia menjadi tabiat yang sukar dibendung. Lakukan dengan cara lembut dan teliti serta tidak mengganggu emosinya.
  • Pastikan kuku anak sentiasa pendek, kemas dan tidak ada lebihan tepi kuku yang terkoyak.
  • Sediakan kegiatan yang menggalakkannya untuk lebih banyak menggunakan tangan.
  • Bincang dengan anak keburukan tabiat menggigit kuku. Anak yang kecil mungkin boleh menerima penerangan melalui cara bercerita.
  • Pastikan anak faham, tabiat menggigit kuku satu perbuatan yang tidak sihat, tidak digemari orang lain dan beritahunya ia mempunyai kaitan dengan orang yang mempunyai masalah emosi.
  • Elakkan merungut, memalukan atau memarahi anak kerana ini akan lebih menggalakkan lagi perbuatannya menggigit kuku.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Anak Suka Gigit Kuku "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM