Terkini

Menu

Petua Menentukan Bayi Lelaki Atau Perempuan?

Petua Menentukan Bayi Lelaki Atau Perempuan?

Bayi Lelaki Atau Perempuan


1. Pergerakan bayi yang pertama
Sudah menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat berbanding perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayinya seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau enam.



2. Bahagian pergerakan bayi yang kerap
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi anda perempuan. Dan, bayi lelaki pula sebaliknya, di bahagian kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan juga lebih cenderung ke arah kiri. Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.


3. Bentuk perut
Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan perut anda pada cermin, Jika jantina janin anda adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat dan pinggang anda terasa penuh. Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun kelihatan agak tajam dari sisi depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.


4. Orang memuji anda
Cara ini adalah cara untuk anda mengetahui jantina bayi anda perempuan sahaja. Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.


5. Mengidam
Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan mengidam daging setiap kali hamil bayi lelaki. Jika anda mengidam sayur-sayuran pada kehamilan sebelumnya dan bayi anda perempuan, maka perhatikan kehamilan anda yang seterusnya, jika anda lebih cenderung memakan sayu-sayuran juga. maka kemungkinan besar bayi anda adalah perempuan.


6. Kelakuan
Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat permainan budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya.. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.

Sumber: Facebook

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

3 ulasan to ''Petua Menentukan Bayi Lelaki Atau Perempuan?"

ADD COMMENT
  1. Sape2 yg nak cuba guna kalender cina boleh utk menentukan baby boy atau girl...boleh pm saya.. x salah mencuba yg menentukn Allah...kalau dah rezeki tak ke mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam...Bro...mcmn nk guna kalender cina tu ek..

      Padam
    2. mcmana nk guna kalender cina 2

      Padam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM