Terkini

Menu

Bedak Talkum Undang Maut?

Bedak Talkum Undang Maut ?

Bahaya Bedak Talkum


Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Bahaya Bedak Talkum
Keratan akhbar Utusan Malaysia
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.

SUMBER : Utusan.Com



Lagi Maklumat Tentang Talkum, Bedak Talkum


Apa itu talkum?
‘Talc’ adalah nama umum sebatian magnesium silikat terhidrat. Talcdigunakan dalam makanan, dadah, kosmetik dan aplikasi industri. Artikel ini memfokus kepada talc yang digunakan untuk tujuan kosmetik dan penjagaan diri. Ini adalaj kerana penggunaan bedak talc atau talkum dikaitkan dengan barah ovari.


Mengapa talkum digunakan dalam barangan kosmetik dan penjagaan diri?
Talkum mempunyai pelbagai kegunaan dalam kosmetik dan penjagaan diri. Di antara kegunaan talkum adalah sebagai penyerap, agen anti-keras dan untuk memperbaiki sentuhan sesuatu produk. Ia juga digunakan sebagai bahan tambah untuk pewarna dan sebagai bahan lengai.

Badan Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (Food and Drug Adminsitration) atau FDA, telah meluluskan penggunaan talkum dalam produk dadah topical.


Adakah talkum selamat digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan diri?
FDA telah menetapkan talkum dalam kategori GRAS (generally recognized as safe) atau pada amnya ditentukan selamat. Ia juga dibenarkan sebagai agen anti-keras untuk serbuk vanilla.


Adakah talkum mengandungi gentian asbestos?
Gred talkum kosmetik tidak harus mengandungi asbestos. Kehadiran asbestos boleh ditentukan dengan pembelauan sinar-X (X-ray diffraction) dan dengan menggunakan mikroskop elektron dan optik.


Adakah talkum mengganggu sistem respirasi manusia jika dihidu?
Sebagai langkah mencegah penghiduan talkum oleh pengguna semasa menggunakan bedak talkum, saiz partikel talkum sepatutnya ditetapkan kepada saiz yang tidak boleh dihidu iaitu lebih daripada 5micrometer.

Keselamatan penghiduan talkum telah dikaji oleh Program Toksikologi Nasional di Amerika Syarikat atau National Toxicology Programme (NTP).

Ujian ke atas haiwan dengan memberikan dos besar untuk dihidu selama 2 tahun menunjukkan beberapa perkembangan berbahaya kepada kesihatan. Walaubagaimanapun, hasil kajian tersebut di atas dipertikaikan atas dasar dos yang diberikan melebihi dos ketahanan fungsian maksimum atau ‘maximum functionally tolerated dose’.

Lebih-lebih lagi kajian tersebut menggunakan dos yang sangat tinggi sehingga paru-paru haiwan tersebut dibebani dengan talkum. Ini menimbulkan persoalan samada ketumbuhan yang diperhatikan dalam sesetengah paru-paru disebabkan oleh bebanan partikel atau secara langsung oleh talkum.


Apakah kemungkinan penggunaan talkum dikatikan dengan barah ovari?
Hasil beberapa kajian telah menimbulkan kebimbangan bahawa bedak talkum yang disapu pada kawasan genital, tuala wanita, kondom dan sebagainya boleh berhijrah melalui vagina, uterus dan saluran fallopian ke lapisan yang melindungi ovari dalam badan. Partikel talkum dikhuatiri boleh menyebakan barah ovari. Susulan hasil kajian tersebut banyak lagi kajian epidemiologi dijalankan untuk mengesahkan kesan penggunaan talkum dan barah ovari. Hasil kajian-kajian adalah berbeza. Sesetengah kajian menunjukkan risiko yang meningkat sedikit manakala yang lain tidak menunjukkan apa-apa kaitan.

Talkum secara semulajadi wujud dengan gentian asbestos. Maka talkum dikaitkan dengan kehadiran asbestos yang merupakan sebuah karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan barah). Talkum yang mengandungi sisa asbestos mungkin mewujudkan bahaya barah jika digunakan pada manusia ataupun diuji pada haiwan.

Agensi Penyelidikan Barah Antarabangsa atau IARC (International Agency for Research on Cancer) telah mengkelaskan talkum sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B. Ini bermakna ia mungkin memberikan kesan karsinogen kepada manusia. Sebatian dalam kumpulan 2B bermakna ada bukti yang menunjukkan sebatian tersebut boleh menyebabkan barah pada manusia, tetapi bukti tersebut pada masa sekarang tidak kukuh.


Adakah talkum menyebabkan barah paru-paru pada manusia?
Tiada laporan yang menunjukkan peningkatan risiko barah akibat penghiduan bedak talkum kosmetik. Kajian ke atas pelombong talkum memberikan gambaran terdapat peningkatan dalam risiko barah paru-paru dan lain-lain penyakit paru-paru. Ini mungkin juga disebabkan oleh kandungan bahan galian lain termasuk juga sebatian asbestos dan silika semasa aktiviti melombong.

Talkum yang dijual sebagai bedak kosmetik kepada pengguna sepatutnya tulen dan tidak mengandungi sisa asbestos, silika dan lain-lain galian.


Nasihat kepada pengguna yang risau tentang talkum dan risiko barah
Kajian ke atas bedak talkum menunjukkan keputusan yang tidak konsisten, walaupun terdapat risiko barah ovari. Sehingga kini tiada barah jenis lain yang dilaporkan berkaitan dengan penggunaan bedak talkum.

Pengguna yang risau tentang risiko barah akibat penggunaan bedak talkum boleh mempertimbangkan alternatif lain seperti serbuk kanji jagung (cornstarch powder) yang tidak mengandungi talkum. Tiada bukti sehingga sekarang (tahun 2009) yang menunjukkan kanji jagung boleh menyebabkan sebarang bentuk barah

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Bedak Talkum Undang Maut? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM