Terkini

Menu

Anak Tidak Mahu Makan?

Anak Tidak Mahu Makan?

Anak Susah Mahu Makan

Banyak punca anak mempunyai masalah ini. Jika anak puan sihat dan telah mendapat pemeriksaan doctor, maka ada beberapa langkah yang puan boleh ambil untuk mengurangkan masalah ini.


1. Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai sikap memilih makanan. Ada makanan yang tidak disuaki dan ada beberapa makanan yang amat disukainya. Jangan memaksa anak anda mencuba makanan yang baru, sentiasa menyediakan makanan kegemarannya. Cuma pastikan makanan itu berkhasiat.


2. Jangan cuba memujuk anak anda dengan menjanjikan sesuatu jika dia menghabiskan makanan yang diberikan. Ada ibu yang berjanji akan memberikan anak mereka gula-gula atau coklat jika menghabiskan makanan yang diberikan. Ini adalah satu langkah yang silap, kerana kanak-kanak itu akan menjadi lebih gemar kepada gula-gula atau kek, bukannya makanan yang disediakan. Ini menyebabkan mereka menjadi peminat makanan yang tidak berkhasiat.


3. Cuba sediakan makanan yang nampak sedap dengan menghiasakan makanan itu dengan warna-warna terang seperti meletakkan lobak merah dan sayuran-sayuran berwarna yang lain. Pastikan makanan itu mempunyai warna yang terang dan menarik.


4. Galakkan anak untuk memakan dengan lebih banyak. Sekiranya beliau tidak dapat habiskan makanan itu , jangan paksa dengan memarahi atau mengugut. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Kanak-kanak ada kalanya akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian ibubapa mereka.


5. Jangan memberikan makanan yang sama sepanjang hari. Walaupun kanak-kanak sepatut makan tiga kali sehari, tetapi mereka juga harus diberikan makanan lain selain nasi, sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari. Makanan selain daripada nasi seperti keju, biskut ‘whole-grain’,yogurt, epal dan strawberi kisar boleh diberikan kepada mereka.


6. Sekiranya kanak-kanak itu masih tidak mahu makan nasi yang biasa dihidangkan, jangan paksa. Berikan makanan selain nasi dengan lebih banyak, asalkan dia berkhasiat setelah beberapa jam kemudian.


7. Ketika menyediakan makanan, beritahu anak bahawa hidangan sedang disediakan, sekurang-kurangnya 15 minit lebih. Ada sesetengah kanak-kanak mengambil masa yang lebih lama untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.


8. Pilih masa makan yang tetap kerana ini membantu kanak-kanak menjadi lebih mudah lapar apabila waktu yang ditetapkan tiba.


9. Makan bersama ahli keluarga yang lain dan jadikan sesi makanan sebagai satu aktiviti keluarga yang ceria. Makan bersendirian akan mengurangkan selera mereka.


10. Jangan bertelagah dan marah-marah ketika makan. Jadikan suasana makan sebagai suasana yang santai dan menggembirakan.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Anak Tidak Mahu Makan? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM