Terkini

Menu

Mengamuk Tak Cukup Tidur

Mengamuk Tak Cukup Tidur

Mengamuk Tak Cukup Tidur

Pasti anda biasa berhadapan dengan kerenah si kecil mengamuk apabila dikejutkan bangun dari tidur. Rasa masih mengantuk menyebabkan anak kecil mudah ‘naik angin’ apabila dikejutkan dari tidur.

Sesetengah ibu bapa kurang menyedari kepentingan tidur yang secukupnya kepada si kecil. Kanak-kanak berusia bawa enam tahun masih memerlukan jumlah tidur yang cukup sekurang-kurangnya sembilan jam sehari.

Jangan mengikut kehendak anak yang hendak menonton televisyen sehingga lewat malam atau asyik bermain game di tablet hingga sukar hendak berhenti. Tetapkan disiplin demi kesejahteraan dan perkembangan positif mereka.

Tak Cukup Tidur
Tidur yang cukup amat baik bagi perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Semasa waktu tidurlah, bayi dan kanak-kanak dapat berehat dan mengumpul kembali tenaga yang telah digunakan pada waktu sebelumnya dan kembali bertenaga setelah bangun dari tidur.

Waktu tidur yang betul akan membantu mencergaskan otak dan tubuh badan anak-anak sebaliknya waktu tidur yang salah iaitu 'tidur lewat petang' tidak akan membantu bahkan menjadikan perkembangan otak bayi dan kanak-kanak menjadi lemah.

Anak-anak hendaklah dimandikan terlebih dahulu selepas bangun dari tidur, di ikuti dengan minum pagi atau minum petang. Ini membantu mengembalikan semula kecergasan anak-anak.

Kanak-kanak yang kurang tidur akan mengalami masalah seperti:

  • Kurang selera makan.
  • Penurunan berat badan.
  • Kurang cergas.
  • Suka merengek dan cepat mengamuk.
  • Perkembangan otak menjadi perlahan.
  • Kerap berkhayal.
Sumber
Mengamuk Tak Cukup Tidur

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Mengamuk Tak Cukup Tidur "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM