Terkini

Menu

Watak Bayi Ketika Menyusu

Watak Bayi Ketika Menyusu

Bayi biasanya mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama. Mereka akan kerap tidur, menangis bila memerlukan sesuatu dan mengharapkan bantuan orang lain. Dan ciri yang paling menarik, semua bayi adalah comel. Saya sentiasa geram bila melihat bayi. Setiap kali melihat bayi baru lahir, teringin untuk menambah lagi.
watak bayi menyusu


Namun bayi ini akan mempunyai watak mereka tersendiri. Anak-anak daripada ibu dan bapa yang sama, namun pelbagai watak dan perangai. Kenali watak mereka ini. Jadi layanan juga akan berbeza mengikut watak mereka. Jika kita layan semua bayi dengan cara yang sama, mungkin menimbulkan masalah. Tentu mereka akan kuat meragam kerana kehendak mereka tidak dipenuhi. Dan bayi juga dalam masa yang sama cuba memahami anda.

Berikut watak bayi anda ketika menyusu:

1. Bayi yang pandai mengikut waktu – bayi ini mudah dijaga. Mereka mempunyai waktu yang tetap untuk tidur, menyusu dan membuang pada waktu yang sama.

2. Bayi cerewet – bayi yang memerlukan banyak perhatian daripada ibunya. Tidak mempunyai masa tetap, jadi si ibu perlu membantunya mengenal waktu.

3. Bayi yang kuat menyusu – bayi ini akan kerap menyusu sehingga melecet mulutnya. namun ini semua tidak menjadi masalah. Kulit ini akan tumbuh dan tangggal sehinga kulit bibir bayi menjadi tebal.

4. Bayi yang menunggu – bayi ini tidak menyusu sehingga berusia 4 ke 5 hari. Bayi ini mungkin tidak akan berusaha menghisap susu kecuali susu suah ada dan mengalir sendiri ke mulutnya.

5. Bayi yang mengantuk – bayi ini suka tidur, terutama ketika menyusu. Kejutkannya ketika menyusu jika tidur. Sebelum menyusu cuba bermain dengannya agar dia tidak mengantuk dan cergas.

6. Bayi aktif – amat suka menyusu, namun sukar diam. Dia akan mengerakkan kepala ke kiri dan kanan mencari puting. Jika terlepas putting, dia akan menangis kuat. Ajar bayi anda menyusu dengan tenang.

7. Bayi mengigit – suka menerkam dan mengunyah putting. Jika dia mengunyah, keluarkan puting anda dari mulutnya. Jangan tarik tetapi masukkan jari anda untuk mengeluarkan puting dari mulutnya.

8. Bayi yang selalu muntah – untuk hindarkannya dudukan bayi agak membongkok ke depan ketika sendawakannya.

9. Bayi berat sebelah – bayi ini suka menyusu sebelah sahaja. Berikan dulu bahagian yang tidak disukainya dahulu.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

1 ulasan to ''Watak Bayi Ketika Menyusu"

ADD COMMENT

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM