Kencing Berkuman Semasa Hamil
Sesetengah masalah yang dihadapi oleh ibu hamil adalah biasa tetapi tetap berisiko menjadi berbahaya jika tidak diberi perhatian.
Masalah kawalan air kencing sememangnya adalah perkara biasa di kalangan ibu hamil. Ini kerana pada awal kehamilan, saiz uterus mengembang berbanding saiz normal. Selain itu masalah otot lantai pelvis ibu yang lemah menyebabkan kawalan kencing sukar dilakukan terutama di kalangan ibu yang hamil di lanjut usia dan kandungan ramai.
Namun diingatkann agar wanita hamil tidak mengambil ringan dengan menganggap ia perkara biasa apabila mengandung. Risiko untuk mendapat kencing berkuman adalah tinggi terutama jika bakal ibu lebih kerap buang air kecil di tengah malam.
Maka itu sebabnya mengapa pemeriksaan air kencing menjadi perkara wajib di setiap lawatan antenatal. Selain daripada melihat kandungan gula dalam air kencing ia juga untuk memastikan sama ada wanita hamil tersebut dijangkiti kuman atau tidak.
Jangkitan kuman dalam air kencing terjadi kerana salah satu perubahan semasa mengandung adalah otot pundi kencing menjadi lemah. Adanya sekatan kerana tidak semua air kencing keluar. Perubahan sistem urin menyebabkan jangkitan kuman berlaku.
Kira-kira 30 peratus wanita yang memiliki masalah ini tetap akan mengalaminya selepas bersalin. Risiko yang bakal diterima oleh wanita hamil yang bermasalah kencing berkuman iaitu kelahiran pra-matang.
Kelahiran pra-matang disebabkan ada hubung kait antara pundi kencing dan rahim yang berhampiran membuatkan wanita terbabit akan bersalin awal. Kadang kala ibu tidak berasa apa-apa kesakitan atau tidak mengetahui dia mengalami kencing berkuman sehingga tiba-tiba boleh bersaliin awal.
Berikut beberapa panduan bagi mengelakkan jangkitan kencing berkuman di kalangan wanita hamil.
- Walaupun kerap kencing adalah masalah biasa tetapi jika dapati ada kelainan segera bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut.
- Jika alami kesakitan di bahagian ari-ari, ia mungkin petunjuk kencing berkuman.
- Mengalami keputihan yang berbau, gatal dan tidak menyelesakan kerana faraj wanita hamil mengalami perubahan yang membuatkan kuman suka membiak. Sebaik dijangkiti, ia akan mula berasa gatal.
- Berhati-hati dengan penggunaan tandas terutama di tempat awam.
- Peka dengan otot lantai pelvik. Sebagai wanita sejak sebelum berkahwin lagi sudah tahu menjaga lantai pelvik dengan melakukan senaman keegal untuk mengurankan risiko otot lemah.
- Hadiri kelas antenatal untuk mengetahui penjagaan semasa hamil dan selepas bersalin.
- Pentingnya penjagaan selepas bersalin terutama untuk menguatkan otot abdomen di bahagian depan dengan melakukan senaman khusus.
- Pastikan jika bersalin normal, buat senaman menguatkan otot lantai pelvik secepat mungkin kerana selepas bersalin otot tersebut sangat lemah. Bila otot lantai pelvik sudah kuat ia secara automatik akan menguatkan otot abdomen.
No Comment to " Kencing Berkuman Semasa Hamil "