Terkini

Menu

Tips Kehamilan Trimester Ketiga

Tips Kehamilan Trimester Ketiga

Tips Kehamilan Trimester Ketiga

  • Jangan terlalu banyak makan makanan yang mempunyai kadar garam yang tinggi kerana dapat menyebabkan kejang di kaki akibat pengumpulan garam yang menyumbat aliran darah di kawasan kaki.
  • Jika tidur, sebaiknya baringlah pada posisi mengiring. Hal ini membantu dalam melancarkan peredaran darah ibu hamil
  • Lakukan senaman seperti berjoging atau berenang untuk menghindari kekejangan.
  • Ibu hamil mengalami perubahan suhu badan yang drastik. Pada masa ini pembuluh darah ibu hamil berada pada titik kepekaan yang berlebihan sehingga menjadi sensitif. Kondisi ini dapat membuat ibu hamil menjadi cepat letih.
  • Jika terasa ingin membuang air kecil, jangan menahannya, kerana ianya akan mengakibatkan infeksi pada saluran pundi kencing.
  • Ibu hamil digalakkan melakukan aromaterapi atau relaksasi agar jiwa dan perasaan ibu hamil tenang dalam menghadapi proses bersalin.
  • Banyakkanlah istirehat untuk menyimpan tenaga menjelang waktu bersalin.
  • Lakukan urutan-urutan ringan dan lembut di sekitar kaki. Urut menggunakan ibu jari setiap malam.


Tips Menjelang Bersalin

  • Mulakan dengan melakukan persiapan fizikal dan mental untuk menghadapi proses bersalin. Persiapan ini sangat penting, terutama bagi bakal ibu yang akan melahirkan untuk pertama kalinya dan ingin melahirkan secara normal. Dengan pesiapan mental, bakal ibu dinasihatkan agar memahami proses bersalin dengan rileks dan penuh pemahaman akan apa dan mengapa hal tersebut harus terjadi. Bersiaplah mengalami kontraksi pada hari-hari menjelang persalinan.
  • Jangan panik bila ibu hamil mengalami kontraksi yang berlangsung beberapa minit lalu mereda atau menghilang. Namun jika kontraksi ini disertai dengan keluarnya cairan, baik cairan jernih mahupun darah, segeralah menghubungi doktor atau bidan atau segera pergi ke hospital.
  • Jangan panik jika tiba-tiba air ketuban pecah saat ibu hamil sedang berdiri, kerana jalan lahir akan automatik tertutup oleh berat badan bayi. Segeralah hubungi doktor atau bidan atau pergi ke hospital.

Sumber: bidanku.com
Tips Kehamilan Trimester Ketiga

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tips Kehamilan Trimester Ketiga "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM