6 Mitos Si Kecil
6 Mitos Si Kecil
Terdapat pelbagai mitos berkaitan penjagaan bayi, dan kita semua sedia maklum bahawa mitos ini berdasarkan kepercayaan kaum dan adat turun temurun. Antara mitos yang sering dikaitkan dengan penjagaan bayi ini, ada yang boleh diikut, namun banyak juga yang salah dan tidak benar.
Berikut adalah 9 mitos berkaitan dengan penjagaan bayi serta kebenarannya. Jadi, penilaian terletak di pihak pembaca samada mahu ikut atau tidak.
1. Bayi harus dibedung agar tidak masuk angin
Mitos ini dikatakan tidak benar. Kebanyakan orang memakai bedung agar bayi tidak masuk angin. Dan ada juga yang mengetatkan bedung terhadap anak agar ia kejap dan angin tidak dapat masuk. Tahukah anda bahawa bayi sedang bertumbuh dari sudut fizikal. Pemakaian bedung mampu merencat perkembangan organ dalaman bayi memandangkan dinding perut bayi yang masih lemah. Pemakaian bedung yang ketat akan mengecilkan ruang dalaman bayi seterusnya menghambat pertumbuhan organ-organnya.
Namun tidak salah memakai bedung kepada bayi. Cuma, longgarkan sedikit terutama di bahagian perut dan paru-parunya supaya jantung dan paru-paru bayi dapat berkembang dengan baik.
2. Tidak boleh memotong kuku bayi sehingga habis pantang.
Saya masih ingat, ketika juru rawat menyerahkan anak pertama di riba saya, mukanya penuh dengan calar. Anak saya menangis, tapi saya cuba tenangkan dengan menyusu. Kemudian saya terus memotong kuku anak saya. Mitos ini ternyata tidak benar. Kuku bayi yang baru lahir panjang dan tajam. Ia mampu mencederakan wajah bayi dan kemungkinan boleh merosakkan kornea matanya.
Mitos ini mungkin untuk mengelakkan daripada bayi tercedera akibat jarinya yang halus. Jika dipotong kukunya akan menyebabkan luka. Namun sebenarnya ia boleh dilakukan dengan berhati-hati. Malah terdapat pengepit kuku yang direka khas untuk si kecil.
3. Tangan dan kaki bayi harus sentiasa ditutup.
Bayi yang baru lahir mempunyai kulit nipis. Itulah sebabnya kita menutup tangan dan kaki bayi, agar tak kesejukan. Namun bukanlah perlu ditutup sepanjang masa. Ketika cuaca panas, bukalah sarung tersebut. Pemakaian sarung tangan dan kaki yang berterusan akan mengganggu perkembangan kulitnya untuk merasa dan menyentuh. Yang penting, awasi pergerakan tangan anak ketika membuka sarungnya.
4. Dibedung supaya kakinya lurus.
Anda pernah lihat bayi yang baru lahir lurus kakinya? Semua bayi yang baru lahir mempunyai kaki yang bengkok disebabkan posisinya ketika dalam rahim lagi. Ruang yang kecil menyebabkan bayi berkedudukan begitu ketika dalam rahim. Seiring dengan pertambahan usia bayi, keadaan akan menjadi nirmal dengan sendirinya.
Bayi yang baru lahir memang disarankan dibedung. Namun apabila bayi meningkat usianya, tidak digalakkan membedung bayi kecuali pada waktu sejuk dan selepas memandikan bayi. Membedung boleh mengganggu pengaliran darah dan menghambat pergerakan motorik bayi yang mula berkembang.
5. Tidak boleh membawa bayi keluar rumah sebelum 40 hari.
Mitos ini tiada kaitan dengan waktu berpantang. Namun ia boleh saja diikuti sekiranya risau bayi mudah mendapat jangkitan apabila di kawasan orang ramai kerana sistem imunisasi bayi masih lemah ketika itu.
6. Menarik hidung bayi agar mancung
Mitos ini salah. Bentuk hidung ditentukan oleh tulang yang menjadi sifat bawaan yang diperoleh bayi daripada kedua orang tuanya. Mancung atau tidak hidung bayi tiada kaitan dengan kaedah menarik hidungnya.
No Comment to " 6 Mitos Si Kecil "