Cara Meningkatkan Peluang Kehamilan
Cara Meningkatkan Peluang Kehamilan
Setelah lama mencuba, anda masih juga tidak hamil. Usah gusar ataupun berputus asa. Mungkin ada perkara penting yang anda terlepas pandang. Mari kita bincangkan bersama beberapa perkara penting tentang bagaimana meningkatkan peluang kehamilan.
Mendapatkan zuriat menjadi sebahagian daripada tujuan kita berkahwin. Namun, sesetengah daripada kita tidak hamil dengan mudah dan menyebabkan kekecewaan. Jujurlah dengan pasangan tentang kekecewaan kita. Kongsikan dan usahakan bersama-sama. Luahkan perasaan dan bincangkannya secara terbuka. Ini menjadikan perjalanan kita untuk hamil lebih mudah dan tidak bersendiri.
Kenali diri
Sedar atau tidak, peluang untuk hamil sebenarnya bermula daripada diri masing-masing. Ia terkait dengan kesihatan dan cara hidup. Perhatikan fakta-fakta berikut:
1. Hindari tekanan dan carilah cara untuk melepaskan tekanan. Lebih baik lagi jika dilakukan bersama-sama. Bersukan, bersenam, akupuntur dan sesi kaunseling dapat membantu mengurangkan hormon penyebab tekanan.
2. Sayangi tubuh badan. Elakkan diet radikal dan pengurangan berat badan mendadak. Pastikan badan berada dalam julat berat yang sihat (BMI) dengan melakukan senaman.
3. Amalkan pemakanan sihat. Kekalkan pemakanan seimbang yang merangkumi semua kumpulan makanan dan meminum air dengan banyak.
4. Amalkan pengambilan vitamin termasuk zat besi, kalsium dan asid folik untuk wanita serta zat besi dan selenium untuk lelaki. Makanan yang tinggi antioksidan juga baik untuk diambil.
5. Elakkan sama sekali rokok, dadah dan alkohol. Bagi lelaki, elakkan haba yang keterlaluan kepada testis seperti memakai seluar ketat, berbasikal yang terlalu lama dan tub panas.
7. Masa yang tepat adalah penting dalam meningkatkan peluang kehamilan. Jangan bergantung kepada kalendar atau carta kesuburan semata-mata tetapi gunakanlah kit ramalan ovulasi. Perhatikan juga cairan servik. Jika kelihatan seperti putih telur, ia menunjukkan ovulasi sedang berlaku.
8. Lakukan persetubuhan sebelum ovulasi. Adalah lebih baik jika sperma telah tersedia dalam rahim sebelum telur dilepaskan melalui proses ovulasi. Telur hanya bertahan selama 24 jam manakala sperma dapat bertahan selama 3-5 hari. Lakukan persetubuhan 2 atau 3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi untuk meningkatkan lagi peluang persenyawaan. Persetubuhan 3 kali seminggu juga dapat membantu.
9. Elakkan ejakulsi sperma beberapa hari sebelum hari subur. Ini dapat membantu meningkatkan bilangan sperma pada hari yang diperlukan.
10. Sebelum anda mencuba untuk hamil, jumpalah pakar OBGYN bagi memastikan anda berdua sihat sepenuhnya. Infeksi yang tidak dirawat, STD atau keadaan kesihatan yang kurang baik mengurangkan peluang untuk hamil.
Panduan ketika bersama
Melalui pembacaan, rata-rata tidak ada satu-satu posisi yang telah terbukti lebih baik berbanding yang lain serta dapat meningkatkan peluang untuk hamil. Justeru, adalah lebih baik jika kita teliti beberapa panduan berkaitan peluang kehamilan ketika bersama.
1. Kurangkan pergerakan selepas persetubuhan. Berdiri selepas melakukannya boleh menyebabkan air mani keluar. Tunggu lebih kurang 20 minit sebelum bangun dan bergerak.
Ikhtiar Hamil Cara Sihat
2. Cuba kekalkan sperma dalam faraj selama mungkin. Letakkan bantal di bawah pelvis bagi memudahkan sperma bergerak ke bahagian atas dan kekalkan kedudukan tersebut selama 20-30 minit selepas persetubuhan.
3. Jadikanlah saat bersama sesuatu yang menyeronokkan dan bukan sekadar rutin. Pastikan anda berdua mencapai klimak. Bagi isteri ia dapat membantu menarik sperma ke dalam uterus dan tiub fallopio manakala rembesan alkali dalam uterus dan faraj meningkatkan jangkahayat sperma. Bagi suami, klimaks dapat meningkatkan bilangan dan kualiti sperma.
Dengan mematuhi teori graviti, posisi yang terbaik adalah posisi yang dapat merembeskan sperma sedekat mungkin ke servik. Beberapa posisi yang memenuhi perkara ini adalah:
- Posisi ‘missionary’ atau isteri di bawah dan suami di atas adalah posisi yang terbaik. Posisi ini dapat dibantu dengan meletakkan bantal dibawah pelvis isteri.
- Posisi ‘rear entry’ atau lelaki menyetubuhi isteri daripada belakang. Posisi ini juga membolehkan sperma dirembeskan dekat dengan servik.
- Posisi ‘spooning’ atau pasangan berbaring sebelah-menyebelah dan suami menyetubuhi isteri daripada belakang. Posisi ini lebih selesa bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami sakit belakang.
Elakkan posisi yang menyukarkan sperma bergerak ke servik seperti isteri berada di atas, berdiri atau duduk kerana sperma bergerak melawan graviti. Elakkan juga penggunaan gel pelincir kerana ia menjejaskan jangkahayat sperma.
No Comment to " Cara Meningkatkan Peluang Kehamilan "