Terkini

Menu

Belum Hamil? Ketahui Tips dan Cara Meningkatkan Peluang Kehamilan!

 Assalamualaikum.. hai mommies..


Kak Darling faham perasaaan pasangan yang sudah berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Stress sangat! Lagi-lagi si isteri. Walaupun kita tau yang stress ni tak baik untuk orang yang sedang TTC (Trying-to-Conceive) tapi kadang-kadang kita tak boleh nak kawal rasa tertekan lagi-lagi dengan mulut orang. Kak Darling dulu pun lepas 9 bulan kahwin baru lekat. Alhamdulillah.


tips dan cara ingin  hamil

Kak Darling kongsikan ikhtiar yang baik untuk mendapatkan zuriat menurut Islam berikut:

  1. Memperbanyakkan membaca istighfar
  2. Membanyakkan sedekah
Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi dan berkata, “Ya Rasulullah, saya belum punya anak sama sekali.” “Mengapa kamu tidak memperbanyak saja istighfar dan bersadaqah?” jawab Rasulullah. Lalu orang itu pun melakukannya. Akhirnya, ia mendapat enam orang anak.

Selain itu, tips yang boleh diamalkan untuk pasangan yang TTC

  1. Hindari stress! bersenam atau bersukan amat baik untuk mengurangkan stress.

  2. Elak diet yang melampau. Ambil makanan yang sihat dan banyakkan minum air kosong.

  3. Hindari merokok, minuman alkohol dan dadah!

  4. Elakkan memakai seluar yang ketat, berbasikal terlalu lama dan mandi air panas bagi lelaki.

  5. Gunakan kit ramalan ovulasi.

  6. Perhatikan cairan servik. Jika kelihatan seperti putih telur, ia menunjukkan ovulasi sedang berlaku.

  7. Lakukan persetubuhan sebelum ovulasi. Adalah lebih baik jika sperma telah tersedia dalam rahim sebelum telur dilepaskan melalui proses ovulasi. Telur hanya bertahan selama 24 jam manakala sperma dapat bertahan selama 3-5 hari. Lakukan persetubuhan 2 atau 3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi untuk meningkatkan lagi peluang persenyawaan. Persetubuhan 3 kali seminggu juga dapat membantu.

  8. Elakkan ejakulsi sperma beberapa hari sebelum hari subur. Ini dapat membantu meningkatkan bilangan sperma pada hari yang diperlukan.

  9. Selepas bersama, kurangkan pergerakan seperti berdiri dan duduk dalam tempoh 20 hingga 30 minit untuk elakkan air mani suami terkeluar. Sebaiknya tinggikan bahagian pelvis dengan meletakkan bantal.

  10. Amalkan pengambilan suplemen untuk memperbaiki keperluan nutrien badan. Kak Darling sangat mengesyorkan suplemen kesuburan berikut:-


Suplemen Kesuburan Untuk Isteri
      • ESP (Mixed Soy Protein Isolate Powder) - Membantu membekalkan protein dalam sel-sel badan dan menambah kualiti sel pembiakan. Wanita yang mempunyai masalah telur ovum yang tidak matang, tidak sihat dan kecil amat disarankan untuk ambil ESP ni.

      • GLA Complex - Sangat baik diamalkan terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur atau selalu mengalami Sindrom Prahaid (PMS). Selain itu, GLA membantu wanita menghasilkan cairan serviks putih yang subur dan berkualiti.

      • B Complex with Folic Acid - Membantu meningkatkan kesuburan wanita dan memberi rasa tenang. Pengambilan Asid Folic sebelum hamil adalah amat digalakkan.

Suplemen Kesuburan Untuk Suami
      • Vita-E Complex - Mengandungi 'Vitamin Cinta 

        ❤️

        ' iaitu Selenium. Ia menggalakan pembentukan sel-sel baru, meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Mampu meningkatkan kualiti dan bilangan sperma.

      • Zinc Plus Sangat penting dalam mengekalkan dan meninggikan paras hormon Testosteron, hormon ini menyokong tahap kesuburan, keinginan seksual dan penghasilan sperma yang kuat dan sihat. Kekurangan Zinc mampu mengakibatkan masalah sperma abnormal, kekurangan bilangan sperma yang berkualti dan penyakit prostat.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, hubungi Kak Darling. Insya-Allah Kak Darling akan membantu. Whatapps sahaja Kak Darling di 011-5750 5594

Bye mommies :)

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Belum Hamil? Ketahui Tips dan Cara Meningkatkan Peluang Kehamilan! "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM