Assalamualaikum.. hai mommies..
Tengah Kak Darling scroll-scroll gambar-gambar dalam Instagram ternampak pulak gambar anak sulung Kak Daling, si Nisa.. umur dia waktu ni dalam setahun lebih.. tahun 2014 macam tu..
Masa ni dalam transisi nak campur antara breast feed dan susu tepung.. tak daya dah Kak Darling nak fully breast feed.. badan dia dah bambam.. haha
Ceritanya.. mula-mula kitorang cuba 3-4 susu formula.. harga dia tak payah cakaplah.. sebab Nisa kan anak sulung.. so pengalaman pun nan hado.. teorinya, kalau susu tu mahal, susu tu the best lah kot dari segala segi, ye tak? Ke kitorang je yang pakai teori ni? Huhu..
Realitinya, Nisa sembelit uolls.. sampaikan kitorang terpaksa pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak sebab berhari-hari dia tak berak. Kesian sangat kitorang tengokkan. Meleleh air mata masa Nisa meraung-raung dipaksa berak dalam toilet klinik lepas doktor bagi ubat bontot. Dia punya meraung jangan cakaplah.. sampaikan ramai yang datang bertanya.. huhu
Lepas dari kes ni.. lama jugak kitorang stop bagi susu formula pada Nisa. Trauma betul!
Kak Darling masa tu memang consume OsteMatrix dan Vita-C. Belum jadi Shaklee distributor lagi, beli dari kawan hubby. Sebab kita kan menyusukan anak.. so keperluan kalsium sangat penting bukan saja untuk anak tapi untuk diri sendiri. Vita-C untuk boost imun badan dan ke-chantek-kan.. hihi. Ada sekali masa Kak Darling nak restock OsteMatrix dan Vita-C, Kak Darling tergerak nak bertanyakan pasal Meal Shakes.
Meal Shakes ni nutrisi tambahan untuk kanak-kanak daripada sumber kacang soya dan susu lembu ya mommies. Bukan pengganti susu / makanan harian. Antara kebaikannya Kak Darling list kan dibawah:-
- Mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral penting.
- Sumber serat terbaik dan mengandungi protein
- Membekal kalsium harian yang diperlukan badan
- Index Glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan – lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.
Sangat disyorkan untuk kanak-kanak terutamanya yang mempunyai masalah sembelit, ekzema, kurang makan / berat badan / selera makan, asma dan kurang antibodi / selalu sakit.
Sambungan cerita Nisa, kitorang cuba je beli susu Dugro dan tambah dengan Meal Shakes dalam bancuhan susu. Supprisingly Nisa boleh terima dan tak ada masalah sembelit, ekzema berkurang dan semakin berselera makan. Alhamdulillah. Kadang-kadang kitorang letak je dalam minuman kegemaran Nisa.
So, kalau anak-anak mommies semua ade masalah macam yang Kak Darling sebutkan tadi. Memang Kak Darling suggest sangat untuk ambil Meal Shakes ni dan pelengkapnya Vita-Lea for Children. Kalau Meal Shakes memberikan sumber makro-nutrien kepada anak, Vita-Lea melengkapkannya dengan 18 jenis vitamin dan mineral.

Kalau mommies ade sebarang pertanyaan, mommies boleh whatsapp Kak Darling ye. Bye mommies ;)
PENAFIAN: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, men-diagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Share This:
Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋
Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.
Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.
Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?
Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤
Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊
No Comment to " Pengalaman Anak Sembelit Bila Tukar Susu "