Terkini

Menu

Cara Yang Betul Untuk Memberi Bayi Makan

Cara Yang Betul Untuk Memberi Bayi Makan


1) Anak berada dalam keadaan selesa

Pangku bayi anda semasa memberinya makan. Tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dengan lebih selesa. Untuk menjaga kebersihan pakaian bayi, gunakanlah bib.



2) Makanan yang sesuai
Makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Biasanya, pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan rasa yang seakan susu.



3) Tidak terlalu panas
Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Cukuplah sekadar suam-suam. Selain itu, jangan suapkan terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. Beri anak anda makan sedikit demi sedikit. Cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama belajar makan menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu



4) Bersabar
Pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yang diberi. Mungkin sebab dia belum biasa untuk makan. Jadi, ambillah masa yang secukupnya.



5) Jaga kebersihan
Cara Yang Betul Untuk Memberi Bayi MakanPastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi anda sakit perut. Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik untuk makan. Ingat, memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit



6) Pastikan bayi betul-betul lapar ketika itu

Ramai berpendapat, waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi. Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar. Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat, beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan



INFO
Masa terbaik untuk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari. Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yang alahan terhadap sesetengah jenis makanan. Jika hal ini berlaku pada waktu siang, mudahlah bagi anda untuk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.



Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Cara Yang Betul Untuk Memberi Bayi Makan "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM