Terkini

Menu

Kehamilan Songsang

Kehamilan Songsang

Kehamilan Songsang

Anda didiagnos kehamilan songsang? Pasti ia mengundang kegusaran terutama di saat-saat akhir kehamilan kan? Jangan stresskan diri anda kerana ia bukanlah perkara luar biasa dan bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya. Anda tidak semestinya perlu menjalani ceasarean dan masih berpeluang untuk bersalin secara normal.



Kelahiran songsang terjadi apabila punggung atau kaki bayi anda keluar melalui bukaan rahim anda; bertentangan dengan kebiasaan di mana ia sepatutnya didahului dengan kepala. Terdapat beberapa jenis posisi songsang iaitu:
Kehamilan Songsang

  •  JELAS – punggung di bawah dan kaki terbengkok / menghadap muka
  •  PENUH – bayi anda duduk bersila
  •  RINGAN – satu atau dua lutut/kaki bayi anda berada pada kedudukan paling dekat dengan bukaan rahim.

PUNCA BAYI BERADA DALAM KEDUDUKAN SONGSANG

Kedudukan bayi songsang mungkin disebabkan beberapa kemungkinan berikut:


  • Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke 37 kehamilan iaitu sebelum bayi memusingkan kepala ke bawah dengan sendiri.

  • Anak kembar atau lebih. Ruang yang terhad untuk dua atau lebih bayi boleh mengehadkan pergerakan mereka untuk berpusing ke bawah sebelum bersalin.

  • Cecair air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit. Air ketuban yang terlalau banyak boleh memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat akhir kehamilan. Air ketuban yang terlalu kurang pula mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat akhir kehamilan jika kepala bayi masih di atas.

  • Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid terlalu besar, ia juga boleh menghalang bayi menukar posisi.

  • Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lepas.

  • Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti down sindrom, anencephaly atau hydrocephhalus.


APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

Pakar obstetrik akan cuba untuk memusingkan posisi bayi anda supaya kepalanya berada di bahagian bawah pada minggu ke 37-40. Proses ini digelar external cephalic version (ECV), dan ia melibatkan teknik-teknik menekan abdomen oleh pakar obstetrik anda. Teknik ini biasanya berkesan dalam 2 per 3 kes, walaubagaimanapun ia kurang berjaya dalam kelahiran biasa.

Kehamilan Songsang

Kaedah ECV yang hanya boleh dilakukan oleh pakar obstetrik.

Perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah:

  • Luangkan lebih banyak masa dalam posisi merangkak. anda boleh lakukan sambil membaca majalah atau surat khabar. Dengan melakukan aktiviti ini, graviti akan menarik kepala bayi ke bawah.

  • Gerakan lembut ke hadapan. Pergerakan ini dapat melebarkan bukaan pelvik dan memabantu bayi anda berpusing.

  • Panas dan sejuk. Letakkan pek ais pada bahagian atas uterus dan letakkan pula pek berisi air suam di bahaagian bawah. Bayi akan cenderung untuk bergerak ke arah haba

  • Menyanyi dan bercakap. Rakamkan suara anda menyanyi atau bercakap. Mainkan berulang kali dengan menggunakan headphone dan letakkan berdekatan tulang pubik bagi menggalakkan bayi anda bergerak mendekati suara anda.

  • Senaman tilt position. Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud dalam solat. Oleh kerana itu, ketika sujud, anda digalakkan untuk sujud lebih lama daripada biasa. Pada masa yang berdoalah dalam hati agar bayi anda akan mengubah posisi ke keadaan normal. Menurut pendapat pakar, anda boleh melakukan kaedah ini 20 minit sehari.

  • Lampu suluh. Halakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannys supaya bayi anda akan bergerak ke arah cahaya.

  • Pujukan. Kerap berbual dengan bayi anda sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.

  • Doa. Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi anda menukar posisi ke kedudukan yang betul dan dipermudahkan proses bersalin kelak.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Kehamilan Songsang "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM