Terkini

Menu

Gejala Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah Pada Anak

Gejala Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah Pada Anak


Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah
Cirit-birit / diare dan muntah-muntah adalah merupakan satu penyakit yang lazim pada anak-anak, memandangkan sistem pertahanan tubuh anak masih lemah, apatah lagi tabiat anak-anak yang suka memasukkan / makan sesuka hati setiap sesuatu yang dipegangnya.

lazimnya penyebab utama diare adalah virus, rotavirus khususnya, yang selalunya boleh sembuh dengan sendiri. Tetapi adalah berbahaya kalau najis anak-anak kelihatan bercampur darah, atau seperti air cucian beras, kerana boleh jadi disebabkan oleh kuman-kuman berbahaya yang menyebabkan penyakit seperti cholera, amoebiasis dan disentri.


Diare dan muntah-muntah amnya adalah merupakan gejala-gejala bagi penyakit yg disebut sebagai AGE (acute gastroenteritis).
  • Acute = terjadi dengan mendadak, tiba-tiba dan cepat 
  • Gastroenteritis = radang pada sel-sel saluran pencernaan khususnya perut


Apa tanda yang perlu anda lihat pada anak-anak apabila mereka mula muntah-muntah dan cirit birit?
  1. Berapa kerap dalam sehari?
  2. Berapa banyak setiap kali muntah/cirit?
  3. Lebih banyak muntah/cirit dari pengambilan cairan?
  4. Adakah anak kelihatan lemah? tidak aktif?
  5. Adakah mata kelihatan lebih cengkung?
  6. Adakah anak masih sedar? atau sudah kelihatan seperti mengantuk?
  7. Adakah masih ada air mata apabila menangis?
  8. Adakah anak kelihatan sangat haus?
  9. Adakah demam?
  10. Sudah berapa hari?
  11. Adakah penyakit lain yang mendahului seperti batuk, selesema, demam?
  12. Adakah ahli keluarga lain yang mengalami perkara yang sama?
  13. Kalau menggunakan botol susu, adakah puting botol susu benar-benar bersih?
  14. ..dan macam-macam lagi.
Jadi apa yang perlu anda lakukan apabila anak terkena cirit birit dan muntah-muntah? tidak digalakkan pemberian ubat anti muntah dan anti diare pada anak-anak.

Pengubatan adalah berdasarkan gejala seperti yang ditunjukkan didalam gambar di bawah:




Plan A:
Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah
Pemberian cairan gantian (ORS - air garam, atau 100 plus pada anak-anak yang lebih besar) sebanyak 10ml bagi setiap kilogram berat anak, untuk setiap kali muntah/cirit, contohnya berat anak 10kg, jadi 10ml x 10kg =100ml untuk setiap kali muntah atau cirit. Sekiranya masih menyusu, teruskan sahaja. 


Plan B:
Pemberian cairan gantian 75ml / kg berat badan, dan perlu dihabiskan dalam 4 jam. kemudian keadaan anak dinilai semula. Contohnya berat anak 10kg, jadi 75ml x 10kg = 750cc, dihabiskan dalam 4 jam. Bawa ke hospital untuk pemeriksaan doktor.


Plan C:
memerlukan cairan gantian melalui pembuluh darah ; segera bawa ke hospital.

nota kaki: pemberian cairan gantian terutama ORS hendaklah diberikan per sudu, sedikit demi sedikit, jangan dibagi terlalu banyak sekaligus, kerana akan menyebabkan muntah.


Ingat! sekiranya anak memang lansung tidak boleh minum/makan kerana muntah setiap kali pemberian cairan/makanan walaupun anak tidak keliatan begitu lemah, segera bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan plan C

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Gejala Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah Pada Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM