Terkini

Menu

Juling Pada Kanak-Kanak

Juling Pada Kanak-Kanak


Juling atau strabismus ialah keadaan kedua-dua biji mata tidak terjajar dengan lurus disebabkan kekurangan penyelarasan antara otot-otot luar okulus yang menghalang mata dari merenung ke arah yang sama dalam sesebuah ruang, oleh itu membantutkan dayapenglihatan dwimata dan boleh menjejaskan persepsi dalaman. 

Keadaan mata juling ini mungkin disebabkan oleh gangguan terhadap penyelarasan mata dalam otak, atau daya atau arah gerakan otot-otot berkenaan. Masalah juling yang serius boleh dirawat bersama oleh pakar-pakar ortoptik dan oftalmologi.

Masalah juling di kalangan kanak-kanak seringkali mula dikesan oleh ibu bapa atau guru-guru apabila salah satu mata anak kelihatan tergerak ke dalam atau keluar.

Kebanyakan kanak-kanak cenderung mendapat masalah juling yang dikenali sebagai esotropia. Esotropia adalah strabismus menumpu dan hadir sebelum usia empat tahun. Sesetengah daripadanya hadir sewaktu lahir. Eksotropia merupakan istilah bagi strabismus mencapah pula hadir agak lambat.

Penglihatan berganda jarang dirasai oleh anak muda kerana imej daripada mata juling akan dihalang oleh otak pada kadar segera. Penekanan ini menganggu perkembangan normal penglihatan sehingga menjurus kepada masalah penglihatan tidak sempurna atau ambliopia. Ambliopia merupakan satu keadaan yang serius tetapi boleh dirawat.


Jenis Juling:

1. Juling Mencapah (Juling Ke luar )






2. Juling Menumpu (Juling Ke dalam)







Punca Juling

1. Genetik/Keturunan
Dalam kebanyakan masalah juling, kegagalan mekanisme pusat yang mengawal perkembangan dan penyelenggaraan penglihatan tunggal binokular menjadi puncanya.

Kegagalan ini mungkin berlaku atas faktor keturunan. Ia juga lazimnya ditemui pada kerosakan otak atau terencat akal seperti yang berlaku kepada pesakit sindrom Down.


2. Kesilapan biasan
Dalam keadaan pembiasan mata yang normal, hubungan antara akomodasi (penyesuaian bentuk kanta untuk menukar fokus mata) dan tumpuan adalah seimbang. Tetapi dalam hipermetropia (rabun dekat), akomodasi tambahan diperlukan untuk memperoleh imej yang jelas pada retina mungkin menjurus kepada tumpuan berlebihan sehingga mengakibatkan perkembangan masalah juling.


3. Okular
Keabnormalan okular seperti katarak bawaan dan retinoblastoma mungkin mencacatkan penglihatan pusat dalam satu atau kedua-dua belah mata. Ini akan mencegah penyatuan imej-imej dan perkembangan penglihatan binokular. Retinoblastoma adalah pertumbuhan tumor malignan pada retina yang jarang berlaku terjadi pada bayi-bayi.



Diagnosis
Juling Pada Kanak-Kanak

Masalah juling tumpuan pada kanak-kanak seringkali berpunca daripada lipatan epikantik yang luas tetapi juling sebenar boleh dikesan menerusi:
  • Pemeriksaan refleks kornea dengan menggunakan lampu suluh. Ini lazimnya adalah simetrik.
  • Ujian tutup. Andainya sesebuah mata terpaku pada sesuatu objek, misalnya barang permainan, ditutup, mata juling akan bergerak untuk mengisi tumpuan tersebut.


Pengurusan
  • Pemeriksaan untuk ketajaman penglihatan setiap mata. Pada usia kanak-kanak yang sangat muda, taksiran ketajaman boleh diperoleh dengan memantau keupayaan kanak-kanak itu mengambil objek-objek yang sangat kecil atau mengikut sasaran berayun.
  • Oftalmoskopi untuk mengecualikan penyakit okular
  • Retinoskopi untuk mengesan kehadiran sebarang kesilapan pembiasan signifikan.
  • Pemeriksaan fundus dan pembiasan adalah dipermudahkan dengan penggunaan titisan minyak urut untuk mencairkan anak mata kanak-kanak. 


Langkah-langkah lain termasuk:

Memakai cermin mata 

  • Penyediaan cermin mata untuk memperbaiki ketajaman penglihatan atau mengembalikan keseimbangan normal antara akomodasi dengan tumpuan. Dalam sesetengah penglihatan juling binokular boleh diperbaiki dengan membetulkan hipermetropia yang berkaitan. Ini dikenali sebagai juling akomodasi.
  • Jika penglihatan mata juling sudah rosak dan tidak boleh diperbetulkan lagi menggunakan pemakaian cermin mata, ini bermakna hadirnya ambliopia.
  • Penghentian salah satu mata daripada digunakan memaksa penggunaan mata ambliopik dan mendorong perkembangan ketajaman penglihatan normal. Penghentian adalah paling berkesan diaplikasikan selepas perkembangan masalah juling.
  • Juling tercapah adalah jarang dan biasanya hanya berlaku selang-seli manakala penglihatan binokular berkembang secara normal. Pembedahan boleh diperlambatkan sehinggakan percapahan mata itu bertambah teruk dan menjurus kepada simptom-simptom.


Rawatan lain:
  1. Senaman mata
  2. Terapi menutup mata ( di mana mata yang lebih baik penglihatannya ditutup supaya mata yang malas dapat dirangsang fungsinya

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Juling Pada Kanak-Kanak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM