Kandungan Terlalu Besar?
Kandungan Terlalu Besar / Besar daripada Usia Kandungan (LGA)

Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai
berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan - sila lihat gambarajah.
Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.
Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan?
Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :
- Keturunan - ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
- Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
- Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung - contoh: ibu yang mengidap kencing manis semasa mengandung.
Apakah ciri-ciri bayi besar dari usia kandungan?
- Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
- Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)
- Warna kulit sangat merah (plethora).
- Kecacatan masa lahir - bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
- Kesukaran bernafas.
- Keletihan - disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
Apakah masalah-masalah lain yang berkait dengan bayi besar dari usia kandungan?
- Kadar kelahiran secara pembedahan adalah tinggi.
- Kesukaran kelahiran yang menyebabkan kecederaan semasa lahir. Ini termasuk pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah/lumpuh anggota tangan (Erb's palsy - yang berkait dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu).
- Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.
Bagaimana bayi besar dari usia kandungan perlu dirawat?
- Rawatan spesifik adalah berasaskan kepada keperluan dan keadaan bayi. Pada asasnya, bayi besar dari usia kandungan perlu diperiksa untuk sebarang kecacatan / kecederaan semasa lahir.
- Memeriksa kandungan gula dalam darah.
- Penyusuan bayi dimulakan awal dan kerap.
- Sesetengah bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad neonat untuk: Rawatan cecair intravena / dextrose (cecair yang diberi ke dalam salur darah)
- Sokongan pernafasan.
- Penukaran darah
- Fototerapi
- Fisioterapi
Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :
- Memantau kesihatan ibu-ibu. Merawat sebarang penyakit yang dihidapi oleh ibu-ibu - contoh : kencing manis.
- Memantau pertumbesaran bayi.
- Periksa sebarang kecacatan bayi semasa di dalam kandungan.
- Rancang kelahiran yang selamat.
Langkah-langkah ini mungkin dapat menolong di dalam mengelakkan bayi menjadi besar dari usia kandungan atau dalam menangani masalah bayi yang besar dari usia kandungan secara berkesan.
Pemulihan
Bayi-bayi yang mengalami kecederaan semasa lahir perlu terapi yang khusus Contohnya: fisioterapi adalah perlu kepada bayi dengan kelumpuhan Erb's.
No Comment to " Kandungan Terlalu Besar? "