Terkini

Menu

Mengapa Perlu Induce?

Mengapa Perlu Induction?
Mengapa Perlu Induce?

Kebanyakan kelahiran berlaku secara spontan, iaitu sakit bersalin tercetus secara tiba-tiba apabila sudah sampai cukup bulan atau 'term' iaitu mulai 37 hingga 40 minggu umur kandungan. Tarikh EDD biasa dikitra 40 minggu dari hari pertama haid terakhir.


Bagaimana sakit bersalin bermula ?
Sebenarnya kita tidak mengetahuai dengan tepat apa yang mecetuskan sakit bersalin. Allah maha mengetahui. Tetapi bayi yang menentukan, ia mengeluarkan sejenis kimia perangsang yang menyebabkan rahim menguncup / contraction. Diantara bahan-bahan tersebut ialah oxytocin dan prostaglandins dan inilah ubat-ubat yang kita biasa gunakan untuk 'induction of labour'


Mengapa perlu induction?

  1. Melebihi tarikh jangka lahir / EDD. Jika umur kandungan antara 41-42 minggu dan masih tidak lahir, induction perlu dilakukan.
  2. Bayi terancam oleh preeklampsia (darah tinggi, albumin dalam kencing dan bengkak kaki), pertumbuhan bayi boleh terencat , nyawa ibu boleh terancam jika berlaku 'sawan beranak' / eclamptic fit 
  3. Diabetes, pertumbuhan bayi terlalu besar dan sukar lahir normal, bayi boleh mati sebelum cukup bulan
  4. 'Placental insufficiency' sebab kerosakan uri - dan kesannya ialah bayi tidak membesar / rendah berat badan atau IUGR.
  5.  Permintaan ibu untuk tarikh lahir tertentu atau sebab-sebab peribadi

Induction perlu dilakukan bila bayi sudah cukup bulan iaitu antara 37-40 minggu umur kandungan dan dianggarkan berat badan bayi bila lahir melebihi 2.5 kg


INDUCED LABOUR

Bagaimana saya lakukan?
Satelah membuat keputusan untuk induce, saya akan periksa vaginal (VE) untuk menilai keadaan pintu rahim, sudah terbuka atau masih tutup, lembut atau keras - mudah buka atau tidak apabila kita mulakan ubat penguncup rahim. Kedudukan kepala bayi dan keluasan ruang rongga ponggng pun penting untuk menentukan samada kelahiran secara normal boleh berlaku atau tidak,

Masuk wad bersalin dihospital awal pagi lepas subuh. Pesakit akan diberi enema utuk mengosongkan saluran najis bagi memudahkan kepala bayi turun kedalam rongga punggung.


Ubat perangsang kuncupan rahim

Oxytocin / Pitocin akan diberikan secara iv drip, biasa saya mulakan 2 atau 5 units dalam sebotol air saline dan diberikan perlahan-lahan mulai 10 dpm dan seterusnya ditingkatkan mengikut response yang diukur dari kekerapan kuncupan rahim. Sasaran kita ialah kuncupan yang kuat selama 40-45 saat dan berlaku setiap 2-3 minit sekali.

Selain dari pitocin, ubat prostaglandin juga digunakan untuk induction,, jenama yang terkenal ialah 'cytotec', sabenarnya ubat ini sering digunakan untuk merawat gastrik, tetapi tindakan meransang kuncupan rahim amat kuat ban berkesan. Ia dimasukkan kedalam faraj dengan dos permulaan 1/4 tablet, dan boleh ditingkatkan kepada 1/2 tablet 4-6 jam kemudian jika contraction tidak bermula atau tidak kuat . Saya sendiri telah menghentikan dari menggunakan cytotec kerana kadang-kadang kuncupan rahim terlalu kuat dan kerap sehingga boleh mebahayakan bayi dan ibu.

ARM atau memecahkan membrane amnion boleh mempercepat kelahiran. Prosedur ini sering saya lakukan apabila contraction sudah kerap dan sederhana kuatnya, ARM dilkukan dengan alat khas dan biasanya bila pintu rahim sudah mula terbuka, 2-3 cm. Air ketuban dikeluarkan dan dari warnanya yang jernih , kita tahu keadaan bayi adalah sihat, tetapi jika berwarna hijau sebab bayi telah mengeluarkan najis ini mungkin tanda bayi terancam atau fetal distress.

Pengurusan labour dan kelahiran adalah saperti biasa. Labour monitoring perlu rapi denagn menggunakan peralatan elektronik untk memantau contraction dan denyutan jantung bayi.

Dr Hamit Arshad

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Mengapa Perlu Induce? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM