Terkini

Menu

Pelat dan Perkembangannya

Pelat dan Perkembangannya



Semasa anak-anak baru nak mula belajar bercakap, mereka mengeluarkan bunyi sahaja. Lama kelamaan bunyi itu disertai dengan intonasi suara. 

Dari intonasi itulah maka para ibu dapat memahami kehendak anak mereka, sama ada anak itu sakit, marah, manja atau gembira. 

Apabila usia menginjak kepada 2 tahun, perkataan yang disebut semakin bertambah. Namun kebanyakkannya hanya ‘hujung-hujung’ saja. Contohnya ‘makan’ disebut ‘kan’ dan ‘mandi’ disebut ‘ndi’ saja. 

Semakin umur meningkat, kemahiran mendengar juga semakin maju. Anak-anak mula sedar bahawa wujud ‘sukukata’. Maka sebutan perkataan ditambah bunyi ‘a’ di hadapan. Contohnya ‘tangan’ disebut ‘angan’ dan ‘kunci’ disebut ‘aci’. 

Bunyi-bunyi bibir seperti ‘m, b, p’ adalah lebih mudah untuk disebut berbanding bunyi belakang seperti ‘k,g’. Oleh sebab itu, kebanyakkan kanak-kanak menukar bunyi ‘k’ kepada ‘t’. Perkataan ‘kakak’ disebut ‘tatak’ atau perkataan ‘pokok’ disebut ‘potok’. 

Selain itu, kanak-kanak juga sering menghilangkan bunyi konsonan pertama dalam perkataan. Contohnya perkataan ‘rumah’ disebut ‘umah’, perkataan ‘sikat’ disebut ‘ikat’. 

Semua jenis pelat yang dinyatakan di atas adalah antara proses kanak-kanak belajar untuk bercakap, sebelum menjadi penutur mahir. Proses ini juga dipanggil proses fonologi. Ianya hanyalah suatu proses perkembangan dan bukanlah suatu masalah kecelaruan pertuturan. 

Namun, ia adalah MASALAH sekiranya telah masuk usia 4 tahun dan masih bercakap pelat hingga SUKAR DIFAHAMI. Masalah pelat kanak-kanak boleh terjadi atas beberapa sebab: 
  1. Masalah pendengaran. 
  2. Masalah lidah terlekat (tongue tie). 
  3. Masalah lewat perkembangan bahasa. 
  4. Masalah sumbing (cleft lip palate) 
  5. Sindrome tertentu yang berkaitan dengan kelainan saiz lidah dan rahang. 
  6. Masalah tumpuan. 

Tahukah anda? - ada kanak-kanak yang bercakap pelat, tapi begitu yakin dengan sebutannya dan berasa dirinya betul. Kemahiran ini berkaitan dengan kesedaran diri atau ‘self awareness’. 

Kadang kala, kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan betul apabila kita suruh dia ikut sebut. Tapi apabila dia cakap spontan, ia menjadi pelat semula. 

Cuba anda bermain perkataan ‘hampir sama tapi berbeza’ dengan anak anda. 
  • Topi @ kopi 
  • Mangga @ tangga 
  • Batu @ satu 
  • Kaki @ daki 
  • Susu @ sudu 

Selamat mencuba. 

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Pelat dan Perkembangannya "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM