Risiko Asap Rokok Pada Bayi
Sekalipun tidak merokok, terdedah pada asap rokok daripada orang lain terhadap ibu menyusu dan bayi tetap menjejaskan kesihatan.
.jpg)
Kajian di Santiago, Chili menunjukkan bahawa asap rokok yang terhirup oleh ibu menyusu dapat mengganggu penghasilan susu ibu.
Dalam masa tiga bulan, dapat dilihat berat badan bayi daripada ibu yang perokok atau menghirup asap rokok, juga tidak menunjukkan perkembangan yang optimum.
Asap rokok yang terpaksa disedut perokok pasif ternyata mempunyai kandungan bahan kimia yang lebih tinggi dibandingkan dengan asap rokok yang disedut oleh perokok. Ini kerana ketika rokok sedang disedut, tembakau terbakar pada suhu lebih rendah. Keadaan ini membuat pembakaran menjadi kurang lengkap dan mengeluarkan banyak bahan kimia.
Asap rokok mengandungi lebih 3,000 jenis bahan kimia beracun, 43 antaranya jelas bersifat karsinogen penyebab kanser. Tidak hairan jika pengaruh asap rokok pada perokok pasif itu tiga kali lebih buruk.
Pelbagai kajian membuktikan asap rokok yang disebarkan orang lain boleh menyebabkan pelbagai penyakit, bukan sahaja kepada individu dewasa tetapi terutama pada bayi dan kanak-kanak. Mulai dari pelbagai gangguan pernafasan pada bayi, jangkitan paru dan telinga, gangguan pertumbuhan hingga pada gangguan pada saluran pencernaan bayi.
Oleh sebab itu, jangan ambil risiko. Hindarkan buah hati anda dan anda sendiri dari asap rokok, di mana sahaja anda berada!
Share This:
Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋
Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.
Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.
Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?
Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤
Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊
No Comment to " Risiko Asap Rokok Pada Bayi "