Terkini

Menu

Apakah Lelah / Asma?

Apakah Lelah / Asma?


S1 : Apakah asma (lelah)?

Asma atau lelah adalah sejenis penyakit pernafasan. Ia berpunca daripada kesempitan saluran pernafasan (bronkus dan bronkiol) yang berada di dalam paru-paru. Ini disebabkan oleh pengecutan otot-otot licin bronkiol, pembengkakan (radangan) mukosa dan pengeluaran kahak kental yang berlebihan dan mengakibatkan pesakit menunjukan tanda-tanda dan gejala asma.


S2 : Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala asma?

Semasa serangan asma seseorang pesakit kelihatan sesak nafas, kadar pernafasan tinggi dan mungkin diiringi "wheezing" dan batuk-batuk. Kadang-kadang pesakit demam dengan suhu badan 37-38 C. Selalunya serangan disebabkan oleh selsema dan pesakit tidak menyusu atau minum dengan sempurna.

Sekiranya serangan tidak dirawati, tanda-tanda asma akan menjadi lebih teruk. Pesakit kelihatan letih, menunjukan kebiruan bibir (sianosis), tidak berdaya bercakap atau menangis. Dadanya nampak seperti ditarik kedalam semasa bernafas ("recession").

Asma boleh diberi kategori "mild" (0-1), "moderate" (2-5) atau "severe" (>5) mengikut tanda gejala dibawah :
012
Oximeter70-100%< 70%< 70% (40% oksigen diberi)
Kebiruantiadaada>Ada (40% oksigen diberi)
Pernafasan
inspiratori
biasaBerbeza kiri dan kananBerkurangan
wheezetiadasedikitBanyak
mentalbiasakurangcoma


S3 : Apakah factor-faktor yang menyebabkan asma?

Faktor-faktor yang menyebabkan asma boleh dibahagikan kepada faktor alahan (alergi) dan jangkitan virus. Diantara alahan yang penting ialah bulu binatang peliharaan seperti kucing dan anjing, habuk rokok dan kutu tilam/permaidani/selimut ("house dust mite"). Jangkitan virus seperti selsema seing mengakibatkan serangan asma dikalangan kanak-kanak.


S4 : Siapakah di antara pesakit asma yang harus dimasukkan ke hospital?

Pesakit-pesakit yang ada tanda-tanda gejala didalam lingkungan "moderate" atau "severe" harus dimasukkan ke hospital. Seorang pesakit yang keadaannya bertambah teruk dibandingkan dengan 12 jam sebelumnya ataupun yang pernah mengalami satu serangan yang teruk juga harus dimasukkan ke hospital. Asma adalah sejenis penyakit di mana keadaan pesakit boleh merosot dengan cepat dan lebih elok jika pesakit dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian daripada membiarkannya menjadi teruk di rumah.


S5 : Apakah rawatan untuk asma?

Rawatan yang dipilih oleh doctor tertakluk kepada keadaan dan umur seseorang pesakit. Ibubapa pesakit dinasihatkan menjauhi anak mereka daripada bahan-bahan alahan. Ubat yang baik sekali ialah ubat yang boleh disedut. Kanak-kanak yang muda tidak pandai menyedut dan mereka perlu menggunakan "spacer" atau "nebuliser" ataupun diberi ubat makan. Kanak-kanak yang lebih tua boleh gunakan "rotahaler", "diskhaler" dan "spinhaler". Mereka yang cekap boleh menggunakan inhaler secara langsung.



Garis Panduan Asma Persatuan Pediatrik Malaysia 1993 

Rawatan asma berterusan

Langkah 2 : Tambah sodium cromoglycate *

Langkah 3 : Gantikan sodium cromoglycate dengan ubat steroid yang disedut

Langkah 4 : Tambahkan dos ubat steroid * (seperti beclomethasone)

Langkah 5 : Tambah xanthine atau B2-agonist yang berkesan lama atau ipratropiumbromide.*

Langkah 6 : Tambah ubat steroid yang dimakan selang sehari (seperti prednisolone)

Langkah 2 : boleh juga digunakan ketotifen, xanthine ataupun ubat steroid yang disedut

Langkah 4 & 5: langkah ini boleh ditukar satu sama lain


S6 : Bagaimanakah ubat-ubat asma berfungsi?

Ubat-ubat asma mengembangkan saluran pernafasan dengan beberapa cara. 
  • Salbutamol (Ventolin) bertindak ke atas otot licin bronkial supaya ketegangannya surut dan bronkial tidak kejang. 
  • Ipratropium bromide (Atrovent) bertindak ke atas bronkial melalui sistem parasimpatetik dan ini akan menyebabkan kurangnya ketegangan saluran pernafasan. 
  • Aminophylline bertindak seperti di atas tetapi ia mempunyai kesan sampingan seperti muntah-muntah dan mempercepatkan kadar nadi. Ia digunakan untuk serangan tenat. 
  • Steroid seperti hydrocortisone dan prednisolone mengurangkan radangan dan kebengkakan saluran pernafasan dan kahak. Dos yang selalu digunakan untuk asma adalah tidak merbahaya. 
  • Sodium cromoglycate (Intal) bertindak sebagai "mast cell stabilizer". Ia menghalang sel daripada mengeluarkan bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kesempitan bronkiol. 


S7 : Apakah penyelidikan yang perlu untuk pesakit asma?

Ramai pesakit tidak memerlukan penyelidikan langsung. Sekiranya pesakit itu kena serangan teruk x-ray paru-paru dan "arterial blood gas" dibuat.


S8 : Apakah tugas seorang jururawat apabila menjaga pesakit asma?

Pemerhatian keadaan keseluruhan pesakit itu mustahak termasuk hidrasi, warna dan tahap mental. Adakah kadar pernafasan dan kadar nadi berpatutan? Adakah pesakit semakin pulih atau tidak? Jika tidak, doctor harus diberitahu.


S9 : Apakah keterangan yang boleh diberi oleh seorang jururawat kepada ibubapa pesakit?

Terangkan kepada ibubapa berkenaan asma (S1). Ceritakan seberapa yang boleh tentang keadaan pesakit dan cara yang digunakan untuk mengubatinya. Ibubapa harus bertenang supaya pesakit tidak takut kerana ini boleh menjadikan keadaannya bertambah buruk. Selalunya doctor akan memberi keterangan yang lebih lanjut.


S10 : Apakah peranan klinik pesakit luar?

Semua pesakit yang dimasukkan ke hospital harus datang semula ke klinik pesakit luar. Ibubapa boleh tanya tentang asma dan masa depan anak mereka. Kebanyakan pesakit akan kena serangan berulang kali. Ibubapa mesti diberitahu tentang tanda-tanda asma yang harus diambil berat seperti "wheeze", batuk disebelah malam dan selepas senaman. Kesemua tanda-tanda ini adalah tanda asma.

Ramai ibubapa akan tanya tentang makanan. Selalunya semua lauk boleh di makan kecuali makanan yang selalu membawa serangan kepada seseorang pesakit. Makanan ini mungkin berlainan diantara seseorang.

Kadang-kadang ibubapa tidak faham tentang bagaimana dan bila ubat mesti diberi dan ini harus diterangkan berulangkali.

Masalah alahan sungguh mustahak. Ibubapa yang merokok harus berhenti ataupun hisap jauh daripada halaman rumah. Selimut, kain tilam dan bantal patut dibersihkan selalu. Pesakit mesti menjauhkan dirinya daripada binatang dan habuk ubat nyamuk.

Ubat asma harus disambung selagi pesakit masih ada tanda-tanda asma. Ini lebih mustahak sekiranya serangan asma yang terdahulunya didalam kategori teruk. Cara pengubatan akan berbeza mengikut doctor. Namun begitu ibubapa harus mengikut satu cara sahaja dan tidak bertukar-tukar ubat. Ubat-ubat asma adalah selamat jika digunakan mengikut arahan doctor.

Dr. J De Bruyne
Dr. Iean Hamzah-Sendut

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Apakah Lelah / Asma? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM