Terkini

Menu

Tips Hilangkan Batuk Tanpa Gunakan Ubat

Tips Hilangkan Batuk Tanpa Gunakan Ubat


Hilangkan Batuk Tanpa Gunakan Ubat


Risau betul kalau anak-anak dimula batuk sana-sini.. lagi-lagi yang hantar ke taska.. Kak Darling nak kongsikan petua dari aleesalittlezone.blogspot.com ni untuk sama-sama ambil yang mana bermanfaat.

Untuk pengetahuan ibubapa semua, menurut kajian oleh Canadian Family Physician, ubat batuk bahaya untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Ibubapa boleh amalkan tips ini untuk kurangkan batuk anak-anak. InsyaAllah, berkesan.


1) Rehatkan anak:
  • Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang cukup, proses penyembuhan dapat berlaku

2) Mandi air suam (semua peringkat umur)
  • Air suam membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak.
  • Juga membantu merehatkan minda anak-anak.

3) Saline drops dan Bulb syringe (semua peringkat umur)
  • Penggunaan saline drops melegakan hidung tersumbat.
  • Bulb syringe bagus digunakan untuk bayi. gunakan 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.

4) Vapor rubs (3 bulan keatas)
  • kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan keatas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anak bernafas dengan lebih baik keran kesan penyejukan bahan vapor rubs

5) Banyakkan minum air (6 bulan keatas)
  • Air membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak

Pastikan Anak-Anak Sihat
Pada Kak Darling, perkembangan anak-anak juga bergantung kepada nutrisi yang seharusnya seimbang. Ia adalah perkara asas yang harus di tackle oleh ibu bapa.
Jom whatsapp 011-5750 5594, Kak Darling akan bantu mommies semua :)
6) Sup panas/suam (6 bulan keatas)
  • Sup panas bantu melegakan hidung yang tersumbat

7) Meninggikan kepala anak semasa tidur (12 bulan keatas)
  • Tinggikan kepala anak semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. keadaan ini membantu anak bernafas dengan lebih baik

8) Madu (12 bulan keatas)
  • Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

9) Ajar anak keluarkan kahak (2 tahun keatas)
  • Ajar anak keluarkan kahak sendiri jika dia dah cukup besar dan pandai keluarkan kahak.

10) Berkumur dengan air garam (4 tahun dan keatas)
  • Ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Tips Hilangkan Batuk Tanpa Gunakan Ubat "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM