Terkini

Menu

Susu Badan Sedikit Semasa Awal Kehamilan?

Susu Badan Sedikit Semasa Awal Kehamilan?

Susu Badan Sedikit Semasa Awal Kehamilan

Selalunya orang tua-tua akan cakap mcm ni "anak kau ni lapar ni, tak cukup susu.. susu kau sikit..bagi la die nestum/susu tepung" Adakah anda pun akan fikirkan benda yang sama? 

Tahukah anda perut bayi yang baru lahir hanya sebesar sebiji guli! Jadi kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi walaupun kolestrum dihasilkan sedikit kerana menurut seorang pakar laktasi bertauliah Puan Rita Rahayu, saiz perut si kecil yg hanya 5-7ml kapasitinya. Sedangkan kolostrum ibu yg terhasil ialah antara 20-30ml. Bukankah ianya lebih dari mencukupi? Ini juga menjelaskan mengapa bayi yang diberi susu formula biasanya akan muntah dengan banyak kadang kala ada yang keluar melalui hidung.

Selepas tiga hari, perut bayi akan membesar sidikit. Apabila bayi masuk hari ketiga, besar perut bayi adalah sebesar bola ping pong sahaja iaitu 45-60 ml kapasiti dan pada ketika ini biasanya susu matang ibu sudah mula terhasil. Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.

Susu Badan Sedikit
Pada hari ke-10, saiz perut bayi sudah sebesar SEBIJI TELUR AYAM dan ia mampu untuk terus mengembang. Pada masa ini, perut bayi dapat menampung sebanyak 60-80 ml susu pada satu-satu masa.

Tahukah anda bayi menangis bukan hanya kerana lapar. Banyak sebab lain yg menyebabkan bayi menangis. Antaranya mungkin sebab persekitaran yang panas atau terlalu sejuk, kembung perut, tidak selesa dengan sesuatu keadaan, lampin basah dan anda perlu menukarnya.

**Jika sewaktu di dalam pantang, bayi anda sering menangis dan selalu nak ‘mengempeng'. Peluklah mereka. Belailah mereka. Mereka menangis bukan semata-mata kerana lapar.  Mereka inginkan perhatian anda. Jika berada di payudara anda, mereka mendengar degupan jantung anda yang selama ini menjadi peneman setia hidupnya di dalam rahim anda. Mereka akan berasa tenang. Susukan bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu. InsyaAllah cukup untuk anak anda.

Sumber

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

1 ulasan to ''Susu Badan Sedikit Semasa Awal Kehamilan?"

ADD COMMENT

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM