Terkini

Menu

7 Tips Berbual Dengan Anak Kecil

7 Tips Berbual Dengan Anak Kecil

7 Tips Berbual Dengan Anak Kecil

Ada anak pendiam, ada anak yang petah dan banyak bercakap. Yang petah pun boleh jadi kurang bercakap. Kadang-kadang, kita tidak tahu apa puncanya. Mari kita soroti apakah tips bercakap dengan anak yang paling efektif.



1. Kalau bercakap dengan anak, jangan tergesa-gesa

Pernahkah kita sebagai ibu-bapa tidak tahan kerana anak lambat sangat menghabiskan ayat? Mesti rasa kurang sabar bukan?

Sepatutnya, kita mesti tunggu beberapa saat selepas anak selesai bercakap sebelum anda mulakan bicara. Cakap perlahan-lahan dan intonasi mesti dalam keadaan relaks. Ia lebih efektif daripada terus mengkritik anak tanpa mengetahui apa puncanya. Tentunya nasihat ibu-bapa seperti “Perlahan sikit!”, “Cuba sekali lagi!” tidak akan diendahkannya.



2. Biarkan anak bercakap secara bebas

Bebas bukan bermakna boleh cakap sesuka hati. Perkataan larangan seperti ‘bodoh’, ‘babi’, ‘sial’ jangan sesekali terpacul dari mulut ibu-bapa. Anak akan ikut apa yang keluar dari mulut ibu-bapa mereka. Bebas disini bermakna berikan anak-anak kebebasan untuk menterjemah idea sendiri dan meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati. Ibu-bapa jangan terlalu memaksa anak menjawab soalan mereka pada masa itu juga. Cuba sesekali komen apa yang anak perkatakan.



3. Gunakan mimik muka (facial expression) dan bahasa badan (body language)

Bagaimana anak mahu tahu yang ibu-bapa mereka betul-betul mendengar cerita mereka? Tentulah dengan ‘facial expression’ dan ‘body language’ yang tidak dibuat-buat. Elakkan dari mengangguk-angguk sahaja sambil memegang telefon bimbit dan melayari Facebook. Dengar apa mesej yang anak mahu sampaikan.



4. Berikah perhatian yang penuh

Setiap hari, minimum 10 minit, berikan perhatian yang tidak berbelah bagi pada anak. Layan mereka seadanya, bukan hanya sekadar layan bagai tiada perasan. Diakui, ibu-bapa penat selepas kerja dan mahukan rehat.

Pada waktu ini, biarkan anak lakukan apa yang dia minat. Biarkan dia menjadi kapten dan kita ikut segala arahannya. Percayalah, saat-saat manis ini akan segar dalam minda anda sehingga tua nanti. Biarkan anak bercakap dengan penuh semangat sambil dia mengetahui ibu-bapanya ‘enjoy’ dengan aktiviti tersebut. Apabila anak rasa selesa, barulah mereka akan mula bercakap banyak dengan ibu-bapa mereka sendiri.



5. Ajarkan ambil giliran untuk bercakap

Apabila ada ramai anak (lebih dari satu), kita sebagai ibu-bapa runsing apabila masing-masing mahu bercakap. Apabila seorang lagi tidak dilayan, yang seorang lagi akan marah. Anak-anak suka berkongsi, dengar dari kedua-duanya sekali pada satu-satu masa. Lucu tetapi meriah!.



6. Lihat kembali cara kita bercakap dengan anak

Sorot kembali, bilakah waktu kita beri arahan, mereka benar-benar dengar? Tentu kita akan terkenang, “Oh, bila kita cakap macam ni, baru dia dengar”. Sekali lagi, kurangkan kritik dan soalan paksaan untuk anak. Gunakan bahasa mudah yang dia mahu dengar.



7. Terima anak seadanya

Apa-apa pun, terima anak kita seadanya. Berikan sokongan penuh pada mereka dalam apa jua minat dan hobinya. Kalau bukan ibu-bapa yang mahu menyokong, siapa lagi?

Rujukan: Barry Guitar, Ph.D. and Edward G. Conture, Ph.D.


Sumber: www.mypermatahati.com
7 Tips Berbual Dengan Anak Kecil

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " 7 Tips Berbual Dengan Anak Kecil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM