Terkini

Menu

Bahaya HB Rendah Ketika Mengandung

Bahaya HB Rendah Ketika Mengandung


Bahayanya jika HB rendah semasa mengandung. Jangan pandang remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom baca punca dan kesan jika HB rendah kepada bayi dan ibu di sini. Atasinya sebelum terlambat!


HB Rendah Ketika MengandungPUNCA HB RENDAH
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir


RISIKO HB RENDAH

Kesan kepada ibu:-
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung 
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin 
  • Risiko alami penyakit berjangkit 

Kesan kepada bayi dalam kandungan:-
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan 
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg 
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia 
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth 


KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL

Kandungan Kurang Dari Lima Bulan

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.


Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu


Kandungan 7 Bulan Ke Atas
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH?

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
  • Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
  • Daging ayam: bahagian dada
  • Kerang: 20 biji
  • Ikan bilis

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin, sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan. HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

2 ulasan to ''Bahaya HB Rendah Ketika Mengandung"

ADD COMMENT
  1. Ramai yg salah mkn pil iron. Kurang penyerapan bermakna kurang kesan jd hb tetap rendah walau dok makan pil iron

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM