Terkini

Menu

Bayi Baru Lahir: Susu Badan Tidak Mencukupi

Bayi Baru Lahir: Susu Badan Tidak Mencukupi

susu badan kurang

Soalan: “Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor”

Jawapan:

Wa alaikum mus salam.

Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka.

Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi hanyalah berdasarkan logik dan pengalaman yang mereka timba sepanjang perjalanan hidup.

Saya menasihatkan puan agar memeriksa setiap nasihat yang diterima dengan doktor yang merawat anak puan.

Bagi pesakit saya, saya akan memeriksa berat bayi mereka bagi memastikan bayi mereka mendapat susu yang cukup.

Bayi yang baru dilahirkan selalunya akan kehilangan antara 5-10 peratus daripada berat badan ketika dilahirkan dalam masa beberapa hari pertama.

Selepas beberapa hari, berat badan akan bertambah semula. Jadi jangan terlalu risau.
Susu Badan Tidak Mencukupi
Cara lain ialah dengan melihat perkembangan bayi puan sendiri. Bayi yang mendapat susu ibu yang mencukupi jika dia kelihatan sihat dan aktif. Bayi puan juga akan membuang air kecil sebanyak 5-8 kali sehari dan membuang air besar berwarna kekuningan beberapa hari selepas dilahirkan.

Sebagai ibu puan sendiri dapat merasakan sama ada susu ibu yang puan berikan mencukupi atau tidak diberikan kepada bayi apabila puan mendapati payudara puan berasa tidak penuh setiap kali mahu menyusukan anak.

Bayi puan juga kelihatan mahu menghisap susu ibu lebih banyak dari biasa. Selalunya disebabkan posisi puan yang tidak selesa sehingga dia akan sukar menghisap susu. Cuba lakukan perubahan posisi penyusuan memastikan dia dapat menysusu dengan selesa.

Selain itu masa penyususan menjadi menjadi lebih pendek dan cepat lapar.

Jadi puan harus memastikan bahawa puan mendapat pemakanan yang seimbang dan keperluan air yang mencukupi.

Ibu yang tidak mendapat pemakanan yang seimbang dan air yang mencukupi selalunya akan mengalami masalah susu yang sedikit.

Wallahu a’lam.


Sumber: drzubaidi.com
Bayi Baru Lahir: Susu Badan Tidak Mencukupi

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Bayi Baru Lahir: Susu Badan Tidak Mencukupi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM