Terkini

Menu

Komplikasi Yang Boleh Berlaku Selepas Bersalin

Apakah Komplikasi Yang Boleh Berlaku Selepas Bersalin?

Entri kali ini saya akan bincangkan 3 komplikasi utama yang bolih berlaku semasa berpantang. Tiga komplikasi ini mempunyai morbiti yang tinggi dan jarang sekali mortality. Oleh itu para-para ibu yang telah selamat melahirkan tidak kira secara normal ataupun caesarean perlu mengetahui 3 komplikasi tersebut.

Komplikasi Yang Boleh Berlaku Selepas Bersalin

Apakah 3 komplikasi-komplikasi tersebut?
  1. Secondary Postpartum Haemorrhage / Pertumpahan darah sekunder
  2. Venous Thromboembolism(VTE) / Tromboembolisma Vena
  3. Puerpural pyrexia / Demam panas selepas bersalin
Nota: Disini saya hanya akan bincangkan sedikit tiap-tiap satu komplikasi tersebut kerana (sebenar) setiap satu komplikasi di atas adalah merupakan satu tajuk yang luas dalam buku-buku perubatan! InsyaAllah saya akan terangkan dengan lebih terperinci dalam entri-entri lain.


Apakah yang dimaksudkan dengan Pertumpahan darah sekunder?

tumpah darahMengikut definasi, adalah perdarahan yang ‘tidak normal’ yang berlaku selepas 24 jam bersalin seh
ingga 6 minggu. Intepretasi ‘tidak normal’ sememangnya subjektif. Bagi saya jika kita ambil darah nifas (dari segi jumlah dan berapa lama ia turun) sebagai standard, maka sebarang perdarahan lebih dari itu kita boleh beranggapan ianya pertumpahan darah sekunder. Majoriti wanita mengalami pengaliran darah yang banyak dari amaun.

Bagi Negara--negara Membangun, pertumpahan darah sekunder adalah punca utama kes-kes kematian ibu selepas bersalin. Di Negara-negara Maju pula hanya kurang dari 5% ibu-ibu lepas bersalin dimasukkan semula ke hopital di sebab pertumpahan darah. Punca utama pertumpahan darah adalah tisu-tisu uri masih tertinggal, jangkitan dalam rahim dan koyak pada servik atau vagina yang tidak diketahui.


Apakah Tromboembolisma Vena (VTE)? 

Di United Kingdom,VTE adalah punca utama kematian ibu selepas bersalin. VTE, pesakit mungkin tidak mempunyai apa-apa simtom dan kalau yang serius datang dengan simtom-simtom Tromboembolisma Pulmonari. Dalam kes Tromboembolisma pulmonari, terdapat trombus (kumpalan darah dan platelet) tersebar dan tersumbat di dalam paru-paru. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas, sakit dada, pengsan dan batuk berdarah. Pesakit boleh meninggal serta merta.

Satu lagi komplikasi yang berlaku dalam kumpulan VTE ini adalah ‘Deep Vein thrombosis’(DVT). Ini terjadi kerana pembekuan darah dikaki atau di dalam pelvis. Saluran darah yang terlibat adalah saluran vena. Pesakit akan mengalami sakit dikaki terutama dibahagian otot-otot keting, bengkak kaki dan kulit kemerahan dan panas.


Apakah Puerpural Pyrexia?

Asasnya ia bermakna demam panas  lebih 38 selsius dalam masa 14 hari selepas bersalin. Pada zaman dahulu sebelum wujudnya antibiotic, ia merupakan punca utama kematian ibu selepas bersalin. Pada zaman sekarang ianya telah amat berkurangan tetapi kita masih perlu berwaspada.

Kesimpulannya, 3 komplikasi diatas perlu diberi perhatian dan segeralah ke hospital jika anda mengalaminya. Ketiga-tiga komplikasi mempunyai morditi dan mortality yang tinggi jika diabaikan.

Sumber

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Komplikasi Yang Boleh Berlaku Selepas Bersalin "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM