Tanda Lahir, Bahayakah Pada Bayi?
Tanda Lahir, Bahayakah Pada Bayi?
Tanda lahir! Sudah tentu anda biasa mendengar perkataan tersebut iaitu sesuatu tanda pada tubuh badan yang disebut sebagai tanda lahir. Pernahkah anda perhatikan seluruh tubuh bayi anda, di mana tanda lahirnya? Adakah anda risau tentang tanda lahir tersebut?
Contohnya, anda dapati ada satu tompokan berwarna coklat pada kaki atau wajah bayi anda. Dan yang merisaukan anda jika tompokan atau tanda lahir itu semakin melebar atau membesar seiring dengan pertambahan usia si kecil dan mungkin boleh membuat anak anda berasa rendah diri setelah dia besar nanti.
Memang tidak dapat dinafikan ada segelintir ibu bapa yang khuatir dengan tanda lahir tersebut apatah lagi jika ia mungkin membuatkan si kecil berasa rendah diri atau menjadi ejekan teman-teman jika tanda lahir tersebut terletak pada bahagian tubuh yang mudah dilihat.
Tahukah anda bagaimana tanda lahir tersebut muncul? Ia ada kaitan dengan trauma si ibu sewaktu proses kelahiran yang menyebabkan pembuluh darah melebar. Pada sesetengah kes, tanda lahir pada bayi akan hilang sendiri selepas dilahirkan. Yang penting tanda lahir ini tidak membahayakan bayi dan tiada kaitan dengan penyakit kulit.
Tanda lahir hadir dalam pelbagai bentuk dan warna, bergantung kepada setiap individu. Ia di kategorikan dalam beberapa bahagian.
Hemangioma Strawberry
Hemangioma Cavernous
Tanda lahir ini jarang berlaku. Nisbahnya satu daripada 100 bayi yang memiliki tanda lahir begini. Ia terbentuk daripada unsur sistem darah yang lebih besar dan ada kaitan dengan lapisan dalaman kulit. Tanda ini berwarna kebiruan atau merah kebiruan dan adakalanya agak membenjol.
Tanda ini kelihatan jelas dalam enam bulan pertama usia bayi dan apabila usia bayi menjangkau setahun ke atas, selalunya ia akan mula pudar dan 90% daripadanya boleh hilang dengan sendirinya apabila usia anak mejangkau 12 tahun.
Merupakan tanda lahir berwarna merah keunguan yang terdiri daripada pembuluh darah yang matang dan melebar pada kulit. Warnanya mungkin sedikit berubah setelah usai bayi semakin membesar. Tanda lahir ini sukar hilang dan selalunya akan kekal, ia dikaitkan dengan pertumbuhan yang berlebihan daripada jaringan pembuluh darah.
Ia berwarna kebiruan atau agak kelabu seperti tanda lebam. Selalunya muncul pada punggung atau bahagian belakang badan dan mungkin juga pada bahu. Tanda lahir ini selalunya terjadi pada bayi berketurunan kulit gelap terutama dari kawasan Asia. Adakalanya tanda lahir ini hilang dengan sendirinya seiring dengan peningkatan usia anak tetapi ia juga boleh menjadi kekal hingga dewasa.
Port-wine adalah tanda lahir yang rata dan berwarna ungu kemerahan
yang terdiri daripada kapilari darah. Tanda lahir ini paling kerap berlaku di
bahagian muka dan boleh berubah saiz. Kesan / tanda port-wain ini kebiasaanya
adalah kekal (melainkan dirawat)
Patch Salmon adalah tanda lahir dan muncul pada 30% -50%
daripada bayi yang baru lahir. Tanda ini adalah dari saluran darah kecil
(kapilari) yang dapat dilihat melalui kulit. Biasanya terletak di dahi, kelopak
mata, bibir atas, di antara kening, dan bahagian belakang leher. Selalunya,
tanda ini pudar apabila bayi membesar.
Tanda berpigmen (tahi lalat) tumbuh pada kulit. Biasanya berwarna coklat atau hitam. Tahi lalat boleh muncul di mana-mana bahagian kulit. Tahi lalat berlaku disebabkan sel-sel pada kulit tumbuh dalam kelompok bukannya tersebar di seluruh kulit. Tahi lalat menjadi gelap apabila terdedah kepada matahari, semasa remaja atau semasa mengandung.
Tanda Kongenital (Congenital nevi) adalah tanda yang ada
semasa dilahirkan. Tanda lahir ini mempunyai risiko untuk menjadi kanser kulit,
bergantung kepada saiznya. Tanda yang lebih besar mempunyai risiko yang lebih
tinggi mendapat kanser kulit berbanding yang lebih kecil. Tanda ini perlu
diperiksa dan sebarang perubahan pada tanda ini perlu dilaporkan.
Cafe-au-lait adalah tompok
cerah atau tompok coklat muda yang biasanya dalam bentuk bujur. Ia biasanya
muncul ketika lahir tapi boleh terjadi dalam awal tahun kehidupan kanak-kanak. Tompok
Cafe-au-lait mungkin tanda lahir biasa, tetapi kehadiran tompok cafe-au-lait
yang besar melebihi satu perempat berkemungkinan berlaku neurofibromatosis
(gangguan genetik yang menyebabkan pertumbuhan sel tisu saraf yang tidak normal)
dan keadaan lain.
No Comment to " Tanda Lahir, Bahayakah Pada Bayi? "