Terkini

Menu

Berat Ibu Hamil - Daripada Mana Datangnya Kilogram Itu?

Berat Ibu Hamil - Daripada Mana Datangnya Kilogram Itu? 

Berat Ibu Hamil - Daripada Mana Datangnya Kilogram Itu?

Terimalah hakikat, bagaimanapun proses mengandung biasanya memang akan membuatkan kita kelihatan lebih besar daripada biasa.

Berat badan itu bukan hanya datang daripada bayi atau daripada tambahan lemak di badan ibu, tetapi ia datang daripada beberapa bahagian badan yang setiap satunya mempunyai fungsi menyediakan tapak yang kukuh dan sokongan yang sempurna untuk bayi membesar dengan sihat. Begitulah hebatnya ciptaan Tuhan.


Daripada mana datangnya berat itu?
  • Bayi ketika lahir 3.3kg (7.3lb).
  • Uterus yang membesar dengan dramatik sekali 900g (2lb).
  • Plasenta yang membantu menyalurkan makanan untuk bayi 600g (1.3lb).
  • Payudara yang membesar 400g (0.9lb).
  • Kandungan darah meningkat sebanyak 1.2kg (2.6lb)
  • Tambahan cecairdalam badan, dan juga cecair ketuban yang melindungi bayi, berat 2.6kg (5.7lb).
  • Tambahan lemak untuk menyediakan tenaga untuk ibu menyusukan anaknya. tambah 2.5kg (5.5lb) (ini antara sebabnya kenapa ibu-ibu mesti menyusukan anaknya selepas melahirkan)
Kebanyakan daripada berat badan yang naik ini akan turun semula selepas ibu melahirkan anak. 



Awasi Penambahan Berat Badan Semasa Hamil 

Penambahan berat badan berlebihan semasa mengandung menambahkan risiko menjadi obes dan mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi pada masa akan datang.

Oleh itu, amalkan pemakanan sihat dan awas akan pertambahan berat badan yang melampau terutamanya jika sebelum hamil, ibu adalah seorang yang dalam kategori obes. Berikut adalah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan penambahan berat badan.

Berapa berat badan yang perlu ditambah semasa kehamilan bergantung kepada saiz badan, tahap aktiviti dan secekap mana anda menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Jika anda kekurangan berat badan, anda perlu menambah berat badan sebanyak 12 hingga 18 kg.
  • Jika berat badan anda biasa sahaja sebelum hamil, anda perlu menambah antara 11 dan 16 kg.
  • jika berat badan berlebihan, anda hanya perlu menambah antara 7 dan 11 kg.
  • Jika anda hamil kembar, anda perlu menambah berat badan sebanyak 16 hingga 20 kg.
Ingatlah bahawa saranan peningkatan berat badan berubah-ubah mengikut masa. Oleh itu adalah penting untuk menumpukan perhatian kepada khasiat pemakanan anda berbanding pertambahan berat badan.

Credit: ratuhati.com

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Berat Ibu Hamil - Daripada Mana Datangnya Kilogram Itu? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM