Terkini

Menu

Tips Mengatasi Hidung Tersumbat Untuk Bayi

Tips Mengatasi Hidung Tersumbat Untuk Bayi


Hidung tersumbat boleh membuat bayi anda sangat tidak selesa dan marah. Ia adalah masalah kesihatan yang biasa dihadapi oleh bayi dan masaalah ini boleh dirawat dengan mudah. walaubagaimanapun, ia haruslah mengikut kesesuaian umur bayi.

Bayi yang berumur 2- 3 tahun ke bawah masih lagi tidak mempunyai sistem penghadaman yang stabil seperti orang dewasa. Oleh itu ibu bapa haruslah mengelakkan penggunaan pil yang akan menyebabkan ketidakselesaan kepada penghadaman bayi.

Masa kini terdapat pelbagai produk yang membantu ibubapa untuk menangani masalah hidung tersumbat si comel. Selain itu, terdapat petua-petua yang boleh membantu si comel anda menangani masalah ini hanya dengan menggunakan beberapa peralatan dirumah.



Rawatan air garam

Air masin merupakan satu lagi petua untuk mengubati hidung tersumbat untuk bayi. Anda boleh membeli siap kit air masin atau menyediakan satu di rumah. Untuk membuat air masin buatan sendiri, semua yang anda perlu lakukan adalah menyediakan campuran satu cawan air panas dan satu sudu teh separuh daripada garam.

Dengan menggunakan dropper, letakkan beberapa titik air masin ke dalam hidung bayi (satu titik dalam setiap hidung sudah mencukupi untuk kebanykkan kes). Kemudian, urut hidung bayi anda secara lembut dan perlahan lahan. Akhir sekali, pastikan anda bahawa mensterilkan hujung dropper untuk memastikan kebersihan.



Rawatan wap

Pernafasan wap atau mandi wap merupakan salah satu cara terbaik untuk melegakan hidung tersumbat pada bayi. Pendedahan kepada wap boleh membantu melonggarkan mukus menyekat hidung bayi. Mukus kemudian menitis keluar dengan sendiri, membersihkan laluan hidung dan membuat ia lebih mudah untuk bayi anda untuk bernafas.

Kaedah ini tidak perlu sehingga memandikan kanak-kanak, hanya duduk berhampiran tab panas, wap air boleh berfungsi sebagai humidifier (membersihkan hidungnya). Anda juga boleh menyediakan wap dengan menggunakan air panas di dalam bekas / baldi dan meletakkan bayi anda dengan teliti berhampiran bekas/baldi tersebut, selagi mana anda rasa selamat untuk bayi anda.



Nasal aspirator

Nasal aspirator merupakan sejenis alat penyedut hingus khusus untuk bayi. Bentuknya sama seperti pipet atau paip plastik yang lembut dengan hujung berupa getah pembersih.sebelum menggunakan alat ini bersihkan bahagian yang akan dimasukkan ke hidung bayi dengan cara disteril (dengan alat steril botol) atau kapas yang diolesi alkohol 70%.kemudian, tenangkan bayi sebelum penyedutan dilakukan agar anda boleh memasukkan alat dengan tepat.

Masukkan alat ke dalam hidung bayi, tetapi jangan terlalu dalam. Semasa memasukkan pembersih, hujung getah yang berfungsi untuk menyedut harus dalam keadaan ditekan, lalu dilepaskan secara perlahan saat sudah di dalam hidung. Lakukan dengan lembut, agar bayi selesa dan gembira.

Credit: buzzle.com

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tips Mengatasi Hidung Tersumbat Untuk Bayi "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM