Terkini

Menu

Sebab Bayi Muntah Semula Makanan

Sebab Bayi Muntah Semula Makanan


Bayi anda mengeluar atau memuntahkan semula makanan yang dimakannya, anda jangan bimbang. Sebagai ibubapa anda harus tahu apa puncanya. Masalahnya mungkin berkaitan dengan mulut kerana anak mungkin mempunyai masalah untuk menelan sehingga tidak menyukai makanan tersebut.

Jika ini puncanya, anda tidak perlu bimbang. Masalah sedemikian tidak berlarutan. Biasanya berlaku di peringkat awal bayi mengenal makanan semi pepejal dan pepejal yang anda berikan kepadanya. Jika bayi memuntahkan semula makanan setelah beberapa ketika makan, misalnya setengah jam, ia mungkin disebabkan masalah penghadaman makanan yang anda berikan kepadanya.

Berikut beberapa sebab bayi memuntahkan semula makanannya:-


Tidak Boleh Menelan Dengan Baik. 

Biasanya di peringkat awal bayi mengenal makanan separuh pepejal dan pepejal, bayi mungkin tidak mampu untuk menelan dengan baik. Oleh itu jika anda ingin memperkenalkannya dengan makanan, letakkan di hujung lidahnya, bayi akan menjulurkan lidah untuk menelannya. Namun tidak bermakna makanan itu sudah ditelan sepenuhnya, mungkin ia akan dikeluarkan semula.



Diberi Makan Secara Paksa. 

Ada ketikanya, bayi kecewa kerana tidak boleh menelan hingga menangis. Jika anda terus memberinya secara paksaan, mungkin dia akan memuntahkan semula makanannya. Keupayaan bayi untuk menelan makanan akan berlaku secara semulajadi, bergantung kepada keupayaan bayi, biasanya bermula seawal usia enam bulan.



Bayi Belum Mampu Menelan Dengan Baik. 

Bila bayi belum mampu menelan dengan baik makanan separuh pepejal dan pepejalnya, ia boleh diatasi dengan cara mencairkan sedikit makanannya itu sehingga mudah menelannya. Contohnya jika bubur nasi agak pekat, ia boleh dicairkan dengan mengisarkan bubur tersebut dan menambah sedikit sup.

Sebaiknya lakukan secara berperingkat-peringkat, misalnya pada permulaan, anda memberikannya dengan bubur nasi yang dikisar selama 2 minit untuk selama 2 minggu, selepas itu dikisar satu minit, makin lama makin kurang masa anda mengisar makanannya dan akhir sekali dia mula serasi dengan bubur nasi yang hanya disediakan secara merebusnya sahaja, tidak perlu dikisar lagi.



Tak Kenal Dengan Makanannya. 

Jika bayi tidak kenal atau tidak suka makanannya, sudah tentu dia akan menolak dengan cara memuntahkannya semula kerana sebelum ini makanan yang diterimanya dalam bentuk cairan. Tiba-tiba diberikan makanan lain seperti bubur nasi, sudah tentu ditolak. Jika ini reaksinya, cairkan sedikit makanannya itu. Jangan memaksa bayi makan makanannya kerana ia boleh menyebabkan dia trauma sehingga setiap kali melihat mangkuk makanan dia akan menangis dan takut disuapkan makanan. 

Anda harus melatih bayi menerima makanan pepejal, sehingga dia mengenal makanan pepejal. Bila usia menjangkau setahun ke atas, bayi tidak bergantung sepenuhnya kepada susu sebagai sumber makanannya, ia tidak mencukupi. Anda jangan jemu memperkenalkan makanan pepejal, sekali menolak, esok lusa cuba lagi. Jika mencapai usia setahun, ajak anak duduk bersama ketika anda dan ahli keluarga lain sedang makan di meja makan. Jangan diberikannya makanan, kecuali dia meminta. Asalkan tidak pedas, berikan saja, jangan melarang.



Rasa Yang Berbeza. 

Ada bayi menolak bubur nasi kerana rasa yang pelbagai. Jangan lupa, sepanjang 6 bulan pertama, bayi hanya kenal rasa manis. Bila diberi bubur nasi rasanya tawar tidak sama dengan rasa susu, dengan sendirinya bayi menolak. Usahakan supaya bayi mengenal rasa, variasikan rasa makanan, misalnya tambahkan glukos dalam bubur nasinya, atau kicap manis. Kemudian perlahan-lahan tukar kepada pelbagai variasi rasa lainnya.


Terlalu Kenyang. 

Muntah juga mungkin disebabkan bayi terlalu kenyang dengan makanan atau minuman.


Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Sebab Bayi Muntah Semula Makanan "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM