Terkini

Menu

Bagaimana Air Ketuban Pecah

Bagaimana Air Ketuban Pecah



Air Ketuban Pecah Ketika Mengandung - Apakah Ia?

Pemecahan pundi amnion diikuti dengan terpancutnya air. Memberi isyarat bahawa bayi anda bersedia untuk dilahirkan.



Air Ketuban Pecah Ketika Mengandung - Apakah Puncanya?

Tiada siapa yang tahu dengan pasti apakah yang meransang kimia tubuh untuk memulakan reaksi ini, tetapi pakar-pakar menyatakan kepada beberapa sebab yang rumit termasuk isyarat otak daripada janin. (Sedia atau tidak, saya datang mak!)



Apa yang perlu anda tahu?

Jangan terlalu bimbang jika anda mengalami air ketuban pecah ketika anda berada dalam masa melahirkan. Hanya sebilangan kecil mengalami ketuban pecah sebelum mereka berada dalam bilik bersalin. Jika air ketuban anda tidak pecah semasa berada di khlayak ramai, ia mungkin tidak datang sebagai "banjir memalukan" tetapi meleleh perlahan, cecair yang tidak berwarna atau berbau (jika cecair berwarna kekuningan dan berbau ammonia ia mungkin air kencing). 

Telefon doktor anda atau segera ke hospital tetapi harus diingat proses bersalin tidak akan berlaku serta-merta dan ia mungkin bermula selama 12 hingga 24 jam (anda tidak akan kehabisan cecair amnion dalam masa yang sama - badan anda terus menghasilkannya sehingga saat kelahiran). Dan jika kontaksi anda tidak bermula dengan sendirinya dalam masa 24 jam, doktor anda mungkin akan mendorong anda untuk memulakan proses bersalin.



Apa yang anda boleh lakukan tentangnya?
  • Doktor anda mungkin telah memberi anda satu set arahan untuk anda ikuti apabila air ketuban anda pecah. Patuhinya. Jika anda tidak ingat arahan, atau ada keraguan tentangnya, telipon doktor tidak kira siang atau malam. 
  • Jika anda diarahkan untuk menunggu pengecutan dalam tempoh 12 jam akan datang atau lebih anda perlu menjaga diri dan bayi anda daripada jangkitan kerana perlindungan telah pecah. Gunakan pad maxi, bukannya tampons, untuk mengekalkan cecair amnion daripada membasahi pakaian anda, dan jaga kawasan faraj anda supaya sentiasa bersih. Apabila anda ke bilik air, berhati-hati terutamanya ketika mengelap dari depan ke belakang. 
  • Panggil doktor anda dengan segera jika cecair yang keluar kelihatan hijau atau coklat yang mungkin bermakna bayi anda ada "bowel movement" dalam rahim. 
  • Pundi omnion jarang pecah sebelum 37 minggu kehamilan anda, tapi panggil segera doktor anda jika anda fikir anda mengalaminya. 
  • Jika anda sesuatu dalam faraj anda, atau melihat mana-mana bahagian tali pusat pada pembukaan faraj, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Credit: kesihatanibumengandung.blogspot.com
Bagaimana Air Ketuban Pecah

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Bagaimana Air Ketuban Pecah "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM