Terkini

Menu

Makanan Ibu Sedang Berpantang Post-Natal

Makanan Ibu Sedang Berpantang Post-Natal


Semestinya, badan seorang wanita yang melahirkan anak tidak akan kembali normal 100% seperti badan seorang wanita yang belum pernah mengalami kecederaan bersalin. Jadi adalah afdal, untuk kita pastikan kesihatan dan kecederaan yang telah dialami tersebut pulih sekurang-kurangnya 80-90%. So mesti yakin, dan tabah untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran agar kita sentiasa sihat dan mampu dan menjaga suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain pulak nanti. Insyaallah. 

So dalam memulihkan kecederaan tersebut, bersabarlah wahai semua wanita-wanita mulia yang telah melahirkan khalifah-khalifah Muslim di muka bumi Allah ini. Insyaallah setiap usaha dan kesabaran kita akan diberikan ganjaran yang baik dan setimpal oleh Allah SWT. Insyaallah. 

Pemilihan makanan yang betul semasa tempoh berpantang adalah sangat penting dalam memastikan proses pemulihan berjalan lancar. Tak boleh makan, makanan sejuk, berangin ni bagi mengelakkan sakit2 sendi dan tulang. Makanan yang bisa juga perlu dielakkan, bagi proses memulihkan kesan luka. Silap makan, proses pemulihan seminggu boleh jadi 2-3 bulan. Takmo..takmo. Banyak info juga aku baca elakkan makan ikan masin/kering, sebab akan menyebabkan darah nifas berbau dan cepat kering, maybe tak keluar habis kot.


Antara jenis-jenis lauk yang boleh dimakan oleh ibu-ibu yang berpantang adalah: 
  1. Ikan bilis – biasanya digoreng biasa atau pun dimasak sambal. tapi jangan terlalu pedas.
  2. Ikan cencaru – biasanya dibakar untuk lebih sedap selain digoreng
  3. Ikan haruan – lebih enak dibakar/ masak stim selain digoreng (jangan makan terlalu kerap ye, cukup 2-3 kali sahaja sepanjang tempoh berpantang, nanti kesan cantuman daging tak cantik)
  4. Ikan siakap – masak stim
  5. Ikan gelama – goreng
  6. Ikan merah – masak sup
  7. Ikan jenahak – goreng
  8. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
  9. Ikan kerisi – goreng/ masak asam
  10. Ikan kurau – goreng/ stim
  11. Ikan kerapu – goreng/ stim
  12. Ikan senangin – goreng/ masak asam
  13. Ikan tenggiri – goreng/ masak asam
  14. Sayur sawi – sup
  15. Sayur bayam – tumis air
  16. Sayur kailan – goreng/ tumis
  17. Sayur brokoli - stim/sup
  18. Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
  19. Daun pegaga – dicampur dalam masakkan/ dibuat jus – elok utk tambah air susu badan
  20. Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang
  21. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
  22. Ayam – dibuat sup atau dicampur dalam bubur

Antara resipi-resipi untuk lauk-pauk makanan ibu semasa berpantang:


NASI LEMUNI 

Bahan-bahannya :
  • Beras (bersihkan dan toskan)
  • Santan (sama banyak dengan beras) ~ kalau beras 1 cawan : santan pun 1 cawan jugak
  • Pucuk Daun lemuni (dikisar & tapiskan - ambil airnya)
  • Serai (diketuk)
  • Halia (dihiris)
  • Halba
  • Bawang merah (dikisar)
  • Garam sesedap rasa
**Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti beras.
**Kalau nak lagi wangi, boleh masukkan daun pandan.

Cara-caranya :
  1. Macam masak nasi lemak juga caranya.
  2. Yang paling mudah, Masukkan semua bahan di atas ke dalam rice cooker.dan masakkan.
  3. atau,
  4. Masukkan semua bahan kecuali beras ke dalam rice cooker. Masakkan sekejap hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau biar sebati dengan bahan-bahan lain. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.
**Boleh makan dengan ikan bakar, atau sambal bilis.

**Daun lemuni merupakan herba tradisional org Melayu (pantai timur) khasiatnya utk melancarkan darah haid. Petua ini diambil dari makcik urut Ibu; untuk wanita yg sering mengalami senggugut, elok diminum air rebusan daun lemuni. InsyaAllah, berkesan.

_________________________________________________________________________________ 

AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan:
  • 200 ml air
  • 3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
  • 3 ulas bawang kecil – dihiris
  • 2 ketul ayam (sederhana besar)
  • Seketul halia – dimayang halus
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

_________________________________________________________________________________ 

DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:
  • 500 gm daging lembu
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 5 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 sudu makan kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
  1. Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
  2. Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan. 
_________________________________________________________________________________ 

IKAN GORENG HALIA MUDA 

Bahan-bahan:-
  • parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
  • Halia muda - agak2
  • Bawang besar di mayang

Cara menyediakan:
  1. Ikan digoreng garing
  2. Halia muda di hiris
  3. Bawang besar di mayang
  4. Tumbuk halia muda dan bawang besar
  5. Agak-agak dah hancur (jangan lumat sangat)
  6. Tumbukkan ikan goreng tadi (agak-agak hancur)
* sedap dimakan dengan nasi panas-panas. 

_________________________________________________________________________________ 

AYAM HALIA KUKUS 

Bahan-bahan:-
  • Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
  • Garam
  • sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
  • 1 sudu besar minyak bijan 
Cara menyediakan:

Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas. 

_________________________________________________________________________________ 

HALIA MUDA GORENG

Halia muda dihiris nipis-nipis, digoreng (deep fry) dlm minyak panas sehingga garing. Simpan dlm bekas kedap udara.

Err.. takkan simpan je kot.. Makan ler dgn nasik! Tapi goreng le banyak-banyak, tiap kali makan, seronok bila ada something yang crunchy munchy dimakan bersama nasi & ikan selar.. hehehe.. _________________________________________________________________________________ 


SUP SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan:-
  • Cauliflower
  • carrot 
  • brocolli
  • halia
  • ayam
  • grinded pepper-optional)

Tak perlu tumis bawang putih, rebus semuanya.. hehe.. Make sure brocolli di masukkan paling akhir tak mau overcooked. _________________________________________________________________________________ 

AYAM PANGGANG

Bahan-bahan:- 
  • Ayam (seeloknya bahagian yg tak byk lemak)
  • halia, kunyit segar, bawang merah & putih, lada hitam- ditumbuk

Cara menyediakan:

Perap ayam bersama bahan yg ditumbuk, bersama garam secukup rasa. Perap pada waktu pagi, panggang waktu tengh hari. (boleh juga digoreng dgn minyak yg sedikit) _________________________________________________________________________________ 

KERABU ULAM

Bahan-bahan:-
  • Ulaman spt pegaga, serai kayu (daun salam), mengkudu dan daun cekur, 
  • lada hitam, bwg merah, isi ikan selar panggang-ditumbuk bersama sehingga lumat

Cara menyediakan: 
Hiris nipis2 (jika suka) daun2 ulam (boleh campur jika suka), gaul bersama bahan yg ditumbuk. Jgn lupa garam secukup rasa. Boleh dibuat stok dan disimpan dlm peti ais.

Masa nak makan, gaul dgn nasi panas.

Makanan Ibu Sedang Berpantang Post-Natal

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Makanan Ibu Sedang Berpantang Post-Natal "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM