Terkini

Menu

Jerawat Dan Kehamilan

Jerawat Dan Kehamilan

Jerawat Dan Kehamilan

Jerawat semasa kehamilan adalah tidak dapat dijangka – ada wanita yang dari sebelum hamil telah mempunyai masalah jerawat, tidak tumbuh jerawat ketika kehamilannya; dan ada yang sebelumnya sama sekali tidak mempunyai jerawat ditumbuhi jerawat yang lebih banyak ketika hamil.



Hal Penting Yang Perlu Anda Ketahui Sekiranya Anda Berjerawat Semasa Hamil

Banyak ubat-ubat jerawat yang tidak selamat untuk digunakan pada semasa hamil kerana kandungan zat yang ada di dalam ubat itu dapat membahayakan bayi anda. Sebaiknya anda merujuk terlebih dulu kepada doktor anda. Cubalah perawatan natural terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat-ubat tertentu.



Apakah Yang Menyebabkan Jerawat Ketika Hamil?

Tentu saja jawapannya adalah hormon, hormon dan hormon! Seperti sama halnya dengan kesan sampingan kehamilan, jerawat juga adalah akibat dari bertambahnya hormon di dalam tubuh anda. Ini menyebabkan kelenjar di kulit anda membesar dan menambah produksi sebum. Ditambah dengan sel-sel kulit mati, pori anda menjadi tertutup dan menjadikan bakteria bersarang disana. Jumlah jerawat adalah bervariasi untuk setiap wanita hamil, bergantung dari jenis kulit. Ada yang muncul hanya sedikit saja, ada yang hanya di pertengahan kehamilan.

Jerawat semasa kehamilan adalah tidak dapat dijangka – ada wanita yang dari sebelum hamil telah mempunyai masalah jerawat, tidak tumbuh jerawat ketika kehamilannya; dan ada yang sebelumnya sama sekali tidak mempunyai jerawat ditumbuhi jerawat yang lebih banyak ketika hamil.

Seorang Naturopath dari America bernama Nicole Tracy berpendapat  tentang jerawat di masa hamil:

“Jerawat dapat menjadi hal yang sangat merunsingkan diawal kehamilan meski pun ia adalah pertanda baik bahawa hormon kita bergerak normal. Biasanya kandungan zinc yang terlalu rendah di dalam tubuh adalah penyebab utama jerawat. Rendahnya kadar zinc dalam tubuh anda juga dapat memperlambat proses penyembuhan bagi kulit anda. Plasenta adalah sumber utama bagi zinc di dalam tubuh manusia, jadi wajar bagi wanita untuk menyimpan plasenta untuk kegunaan bilamana diperlukan. Oleh karena itu adalah penting bagi ibu hamil untuk menerima suplemen yang kaya akan kandungan zinc di masa kehamilannya. Anda boleh berjumpa doktor atau naturopath untuk mengetahui kandungan zinc didalam tubuh anda. Vitamin C juga dapat membantu menguatkan sistem imunisasi dan mencegah infeksi jerawat. 

Air masak juga sangatlah penting untuk membantu membuang racun-racun di dalam tubuh. Bahkan tubuh kita juga sangat memerlukan air pada saat kita tidak hamil. Mungkin anda tidak sedar berapa pentingnya peran air masak dalam tubuh kita – ia mengisi 70% bahagian tubuh kita dan semua organ yang berfungsi didalam tubuh kita bergantung kepadanya. Selain daripada oksigen, air adalah perkara kedua yang dapat membuatkan anda mati apabila anda tidak hidup tanpanya. 



Minyak Kelapa Dapat Membantu Membersihkan Jerawat Kehamilan

Kandungan Minyak Kelapa mempunyai efek anti-bakteria dan anti-kulat yang sangat baik bagi kesihatan kulit, jantung dan sistem imunisasi kita. Anda dapat memulai dengan mengantikan produk-produk moisturiser anda dengan moisturiser yang terdapat dalam kandungan minyak kelapa dan menggantikan minyak goreng dengan minyak kelapa. Minyak goreng yang kurang baik dapat menambah jerawat anda dan merosakkan pola pemakanan anda. 



Tips Untuk Jerawat
  • Jangan menyentuh, menggaru atau memicit jerawat. Itu hanya akan menambahkan infeksi pada kulit
  • Cubalah cara natural terlebih dahulu seperti zinc, vitamin C, minyak kelapa, probiotik dan mengubah pola makan anda. 
  • Jangan mencuci muka dengan sabun yang kasar. Kerana lapisan kulit anda akan menjadi semakin nipis dan memperbanyak jerawat di wajah anda. Selain itu kulit anda akan menjadi bertambah kering.
  • Hindarilah pemakaian make-up yang berlebihan. Hindarilah make-up yang berdasarkan minyak, alternatifnya anda gunakan make-up berdasarkan air, dan pastikan anda mencucinya setiap hari.
  • Ketika mencuci muka, jangan menggosoknya terlalu keras.
  • Periksalah pola makan anda, dan pastikan ambilan air yang cukup untuk membantu membuang racun-racun didalam tubuh anda. Kurangkan makanan yang berlemak, pemanis buatan dan makanan gandum yang diproses (seperti tepung, roti, kuih, etc). Sayur-sayuran juga sangat bagus untuk menjaga kebersihan sistem anda dan juga bayi.
  • Tanyakan terlebih dahulu kepada doktor apabila anda ingin menggunakan ubat jerawat tertentu.

Jerawat Dan Kehamilan
Credit: www.bayibubu.com

Share This:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Jerawat Dan Kehamilan "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM