Terkini

Menu

Persiapan Menjelang Bersalin

Persiapan Menjelang Bersalin



Berikut beberapa hal yang boleh dilakukan dalam rangka persiapan menjelang bersalin baik fizikal, kesihatan atau pun dari segi sokongan mental : 


Mengambil makanan berkhasiat

Bagi ibu hamil yang sedang menjalani persiapan bersalin ini untuk mengambil makanan yang mengandung banyak vitamin dan kandungan gizi yang diperlukan baik itu untuk kesihatan ibu hamil & janin yang dikandung.

Tentunya persiapan dalam hal menjaga kesihatan serta kecukupan gizi ini dilakukan sejak awal dalam kandungan. Bukan saja sewaktu menjalani proses persiapan menjelang kelahiran saja. Hindari makanan yang akan berpotensi mengganggu kesehatan baik bagi ibu maupun janin. Diantara yang harus dihindari ibu hamil adalah alkohol, makanan dengan berbahan pengawet, dan juga makanan yang mengandung merkuri.



Olahraga ringan

Menjaga kesegaran tubuh ibu hamil dengan melakukan beberapa olahraga yang ringan saja. Kegiatan olahraga ini adalah dalam rangka menjaga kesehatan serta juga kesegaran bagi sang ibu. Olahraga ringan bagi ibu hamil antaranya adalah berjalan kaki di pagi hari atau petang sekitar rumah atau taman .



Senaman hamil

Ketika trimester yang ketiga atau pada usia kehamilan yang telah melewati 7 bulan, sebaiknya lakukan senam hamil yang fokusnya adalah mengatur posisi, mengatur nafas, dan juga cara meneran yang betul. Itu adalah beberapa manfaat dari senam hamil.



Persiapan mental

Persiapan psikologi adalah yang paling penting bagi seorang ibu yang akan melahirkan. Apalagi pada seorang ibu muda yang akan melahirkan anak pertama. Persiapan mental juga merupakan faktor terpenting dalam mempersiapkan persalinan termasuk di dalamnya sokongan suami. Dalam hal ini meminta suami mendampingi dalam proses kelahiran bayi.



Doa

Satu hal yang paling tidak boleh dilupakan dalam hal persiapan menjelang kelahiran dan bersalin tentunya adalah dengan berdoa agar nantinya dalam proses bersalin berjalan dengan lancar dan bagi ibu hamil serta anak yang dilahirkannya dalam keadaan sihat.


Makanan pemberi tenaga

Apabila sudah terasa kontraksi perlahan bolehlah mengambil buah seperti pisang, kurma, kismis kerana buah-buahan ini mampu memberi tenaga ketika proses bersalin nanti.

Makan dalam kuantiti yang sederhana, ambil sedikit daging dan sayur-sayuran. Anda perlukan tenaga yang sangat banyak ketika proses bersalin nanti.

Elakkan gemuruh, pastikan tenaga ibu mencukupi, jangan sampai tak makan langsung kerana terlalu memikirkan proses bersalin.


Jika sudah keluar tanda seperti pecah ketuban, keluar lendir darah segeralah ke hospital berdekatan, jika tanda seperti ini tidak ada, kontraksi yang kerap juga menandakan anda sudah perlu ke hospital dengan segera.


Persiapan Menjelang Bersalin
Credit: askep-net.blogspot.com

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Persiapan Menjelang Bersalin "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM