Terkini

Menu

Kenapa Perlu Berbengkung?

Kenapa Perlu Berbengkung?

Kenapa Perlu Berbengkung?
Semasa hamil tubuh wanita menghasilkan hormon relaxin yang berperanan untuk melembutkan ligamen pada sendi / pelvik di kawasan kemaluan. Ini mencetuskan Pubic / Pelvic Pain atau saintifiknya Pubic Symphysis Diastasis (SPD) kepada kebanyakan ibu-ibu hamil.

Antara tanda-tanda SPD adalah:
  • Sakit belakang
  • Nyilu di kawasan kemaluan
  • Sakit kawasan kaki, peha etc semasa berjalan,atau turun naik tangga
  • Sakit yang teruk pada waktu malam

Walaubagaimanapun, tujuan hormon relaxin ini adalah membantu wanita semasa proses hamil dan melahirkan anak kerana, hormon ini membantu tubuh wanita menjadi lebih lentur. Maksud nya sendi dan tubuh kita lebih stretch bagi menampung pembesaran bayi semasa di dalam rahim 

Selepas kita bersalin, tubuh wanita masih menyimpan hormon relaxin sekurang-kurangnya 3 bulan selepas bersalin. Manfaat ini, sepatutnya digunakan bagi semua wanita untuk mengembalikan tubuh kita kepada bentuk normal. Oleh itu memakai bengkung merupakan salah satu cara, membentuk semula tubuh wanita selama tempoh berpantang.

Semasa saya berpantang 2 bulan, saya lebih suka memakai bengkung tradisional. Ini kerana bengkung tradisional lebih ketat dan menyerap peluh berbanding bengkung moden. Saya mementingkan pemakaian bengkung tradisional selama 2 bulan berturut-turut kerana di sebalik bengkung banyak kelebihan yang tidak ramai wanita ketahui:-
  • Bengkung dapat membantu mengempiskan kawasan berlemak pada perut, peha dan pinggul
  • Bengkung dapat mengembalikan bentuk badan wanita dengan cepat terutama kepada ibu yang menyusukan bayi
  • Bengkung dapat membetulkan posisi tulang belakang kita yang menampung berat badan berlebihan semasa hamil
  • Bengkung dapat menguatkan otot perut yang merenggang semasa mengandung

Walaubagaimanapun, ibu-ibu semua, pemakaian bengkung tradisional perlulah dilakukan dengan cara yang betul. Ia perlu dililit bermula dari perut hingga ke pinggul. Di bawah adalah cara-cara pemakaian bengkung dengan betul. 

Contoh cara berbengkung
Semoga bermanfaat !!

Kenapa Perlu Berbengkung?

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Kenapa Perlu Berbengkung? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM