Terkini

Menu

Senaman Ibu Mengandung

Senaman Ibu Mengandung

Senaman ibu hamil

Tujuan senaman antenatal

  1. Membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
  2. Membantu anda mudah bersalin
  3. Mengekalkan kesihatan yang baik
  4. Mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan



Senaman 1: Mencegah sakit belakang

  • Letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
  • Letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
  • Tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
  • Pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
  • Kembali ke kedudukan asal
  • Tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang


Senaman 2: Mengendurkan otot-otot pinggang

  • Duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
  • Tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
  • Setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi


Senaman 3: Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj

  • Baring menelentang
  • Kempiskan perut anda ke dalam dan
  • Tekan bahagian belakang anda dan berehat
  • Rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
  • Lakukan senaman ini perlahan-lahan
  • Boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk


Senaman 4: Mencegah kekejangan kaki

  • Baring menelentang
  • Angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
  • Kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
  • Ulang pada kaki sebelah lagi


Senaman 5: Menguatkan otot-otot perut

  • Baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
  • Kemudian berehat


Sumber: ceritaibuhamildanmenyusu.blogspot.com
Senaman Ibu Mengandung

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Senaman Ibu Mengandung "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM