Terkini

Menu

Solat Sambil Mendukung Bayi

solat sambil dukung anak

SOALAN: Adakah dibenarkan bersolat sambil mendukung bayi sepertimana panduan gambar seorang lelaki mendukung bayi bersolat yang banyak tersebar di media sosial?


PENJELASAN:

Kaedah solat sambil mendukung bayi adalah berdasarkan hadis Rasulullah saw: Abu Qatadah al-Ansari radhiyallahu ‘anhu berkata:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

Maksudnya:
“Pada suatu hari aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjadi imam kepada orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-‘Ash di atas bahu beliau. Umamah ialah cucu beliau, anak kepada Zainab. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).” Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis seumpama ini juga dilaporkan oleh Imam al-Bukhari dan al-Nasa'i.

Imam al-Nawawi menjelaskan, "Hadis ini menjadi hujah kepada mazhab Syafi'i dan mazhab lain yang sependapat dengannya bahawa dibenarkan mendukung bayi lelaki atau perempuan, dengan syarat yang didukung itu suci daripada najis, sama ada ketika bersembahyang fardhu atau sunat. Sama ada untuk imam, makmum, atau sembahyang bersendirian." (Syarh sahih muslim, jil. 5, hlm. 32)

Untuk menjaga kesempurnaan solat sebegini, beberapa syarat-syarat perlu dipatuhi. Antaranya ialah dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:
  1. Mempastikan bahawa anak itu bersih dari najis.
  2. Mengawal pergerakan kita semasa solat. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu’) ketika menyempurnakan solat.
  3. Jangan menggerakkan anggota badan besar tiga kali berturut-turut.
  4. Hendaklah mempastikan bahawa dada kita sentiasa mengadap kiblat.

Walaubagaimanapun, setiap umat Islam berkewajipan untuk berusaha menunaikan solat dengan cara yang paling baik dan paling sempurna. Bersolat sambil mendukung bayi hanya boleh dilakukan ketika mana kita berada dalam waktu atau keadaan yang terdesak sahaja.


Wallahu a'lam.

Solat Sambil Mendukung Bayi

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

1 ulasan to ''Solat Sambil Mendukung Bayi"

ADD COMMENT

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM