Tips Pernafasan Ketika Meneran Bersalin
Tips Pernafasan Ketika Meneran Bersalin
1. Masa kita rasa sakit sikit-sikit atau baru mula sakit (peringkat awal).
Cuba tarik nafas dalam-dalam menerusi hidung dan keluarkan nafas menerusi mulut.
Waktu ini cuba untuk menarik nafas pendek dan cepat, kemudian lepaskan. Tarik nafas pendek menerusi mulut dan lepas juga menerusi mulut.
3. Apabila terasa seperti mahu meneran tetapi belum tiba masanya lagi.
Tarik nafas 2 kali menerusi hidung dan keluarkan menerusi mulut. Tarik nafas and hembuskan pendek-pendek. Lebih mudah untuk diingat: ‘sniff’, ‘sniff’, ‘fuhhhh’. Jika tiada gesaan atau terasa mahu meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.
4. Apabila tiba masa untuk meneran.
Ketika ini cara pernafasan adalah dengan menarik nafas dalam-dalam melalui mulut, memandangkan oksigen masuk lebih banyak melalui mulut berbanding hidung.
Kemudian baru ‘push’ sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tidak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula.
5. Sewaktu meneran.
Kedua-dua tangan pegang pada buku lali dan semasa meneran, angkat kepala sambil melihat pada perut. Pastikan dagu mencecah dada. Ini untuk mengelakkan dari kita ‘terangkat’ punggung.
Posisi suami ketika proses kelahiran juga dapat membantu isteri.
Bagaimana?
Sebelah tangan pegang pada bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Manakala sebelah tangan lagi ditekan lutut isteri bagi mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (bagi mengelakkan koyakan).
Kredit: mumsluv.com
Tips Pernafasan Ketika Meneran Bersalin
No Comment to " Tips Pernafasan Ketika Meneran Bersalin "