Keracunan Kanak-Kanak Di Rumah
Keracunan Kanak-kanak Di Rumah
Sedarkah anda bahawa keracunan berpunca daripada pengambilan sediaan-sediaan yang terdapat di rumah? Dan ini kerap terjadi membabitkan kanak-kanak. Sediaan-sediaan yang membahayakan selalunya mengandungi etanol atau alkohol jenis lain pada kepekatan yang tinggi, sabun bahan pencuci, sesetengah sediaan pendandan rambut dan pencuci kuku. Tanda-tanda keracunan apabila terjadi biasanya terdiri daripada gangguan gastrousus (perut).
Pusat Racun Negara prihatin tentang kemalangan yang melibatkan keracunan kanak-kanak. Statistik awal yang dikumpulkan oleh Pusat Racun Negara menganggarkan kadar keracunan membabitkan sediaan-sediaan di rumah adalah antara 16 sehingga 30 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan. Daripada jumlah ini, lebih kurang 90% membabitkan kanak-kanak dalam peringkat umur seperti berikut:1 hingga 3 tahun 60%3 hingga 6 tahun 20%6 hingga 11 tahun 10%
Antara sediaan yang paling kerap terlibat termasuklah bahan-bahan seperti minyak tanah, bahan pencuci termasuk bahan peluntur, sabun, syampu dan alat kosmetik. Tempat yang paling bahaya mengakibatkan keracunan di rumah adalah di dapur -50%, bilik air -20%, dan bilik tidur -10%.
Sepuluh (10) kategori utama keracunan membabitkan sediaan di rumah.
- Sabun dan bahan pencuci
- Alat kosmetik dan sediaan kegunaan peribadi seperti minyak wangi dan kolon badan
- Hidrokarbon seperti minyak tanah
- Tumbuh-tumbuhan
- Alat-alat mainan seperti desikan (bahan pengering)
- Insektisid dan pestisid (racun makhluk perosak) seperti organofosfat dan karbamat
- Alat-alat lukisan termasuk pen marker dan magic, dakwat
- Cat, varnis, pencair cat
- Deodaran seperti pewangi udara, semburan badan
- Rodentisid (racun tikus) yang meningkatkan risiko pendarahan
Bila sepatutnya mengesyaki kanak-kanak mengalami keracunan?!
- Pernah memakan barang-barang yang beracun.
- Kanak-kanak berumur antara 1-5 tahun. Mereka dianggap berisko tinggi kerana gemar memasukkan apa sahaja ke dalam mulut.
- Kanak-kanak menjadi sakit secara mengejut terutama sekali jika pesakit mengalami gelugut (konvulsi) tanpa demam atau tidak sedarkan diri (koma) tanpa sebarang sebab yang nyata.
- Kesakitan yang dialaminya melibatkan beberapa bahagian badan/organ tanpa sebarang sebab nyata.
- Nafas kanak-kanak berbau sesuatu yang luar biasa atau terdapat tanda-tanda kotor atau melecur pada mulut dan bibir.
- Muntah darah tanpa sebab.
Sumber: www.prn.usm.my
Keracunan Kanak-Kanak Di Rumah
No Comment to " Keracunan Kanak-Kanak Di Rumah "