Terkini

Menu

Cara Mengira Pergerakan Bayi

Pelajari Cara Mengira Pergerakan Bayi

Cara Mengira Pergerakan Bayi

Mengira pergerakan bayi sangat penting sangat penting bagi mengetahui keaktifan, pergerakan jantung dan memahami pola pergerakan harian bayi.


Lazimnya ibu hamil diminta doktor mencatatkan pergerakan bayi bermula dari minggu  ke -28 kehamilan. Bagaimanapun, ramai ibu hamil menganggap tugas mengira itu rumit dan kadang-kadang keliru tidak tahu mengesan pergerakan.


PERLU TAHU

Bayi sihat lazimnya bayi yang aktif. Pada minggu ke-28, bayi semakin aktif dan kerap melakukan pelbagai jenis pergerakan. Tambahan pula, kantung ketuban anda pada usia kehamilan ini mengandungi lebih kurang 750ml cecair bagi membolehkan dia bergerak dengan bebas.


PANDUAN UNTUK IBU HAMIL.

1 - Menurut kolej pediatrik Amerika dan kebanyakan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, mereka mencadangkan agar kiraan sehingga 10 kali pergerakan perlu dilakukan tidak kira sama ada tendangan, gulungan, tumbukan atau pergerakan-pergerakan lainnya dalam tempoh 12 jam.

2- Carta kiraan pergerakan bayi lazimnya digalakkan bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 9 malam. Anda boleh mula mengira pergerakan bayi dengan memilih waktu di mana baayi anda biasanya bergerak aktif. Sehubungan itu, ramai ibu berpendapat, waktu bayi bergerak aktif selepas waktu makan.

3- Ketika mengira pergerakan bayi anda, digalakkan berada di dalam posisi selesa. Anda boleh berbaring dengan posisi mengiring ataupun duduk di sofa. Sesetengah ibu suka duduk sambil merehatkan bahagian belakang dan memegang perut ketika mengira.

4- Pengiraan pergerakan bayi akan dikira sebagai satu gerakan apabila bayi bergerak kemudian berhenti dalam jangka masa yang agak lama. Jika bayi anda bergerak, kemudian berhenti selama beberapa saat dan bergerak kembali, itu masih dikira satu pergerakan.

5- Satu kali gerakan bersamaan dengan satu  kali pusingan. Bayi biasanya bergerak aktif ke kiri dan kanan; atas dan ke bawah dalam satu-satu masa.

6- Keadaan itu diambil kira sebagai satu kali gerakan! Setelah beberapa minit, bayi akan bergerak lagi dalam keadaan sama lalu ia dikira sebagai gerakan kali kedua. Berdasarkan pengalaman ramai, carta tendangan bayi mampu dilengkapkan dalam jam 3 petang hingga 4 petang.


AMBIL PERHATIAN.


1) Sekirannya bayi tidak bergerak sehingga 10 kali dalam tempoh 12 jam atau anda mendapati bayi kurang aktif berbanding biasa, segera berjumpa doktor. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan dengan memeriksa kadar degupan jantung dan pergerakan bayi.

2) Jika terdapat perubahan pola tersebut, berjumpalah doktor dengan segera untuk mengetahui puncanya agar kejadian tidak diingini dapat dikenalpasti di peringkat awal.

3) Perlu dumaklumi bahawa jika anda berada dalam keadaan sibuk, anda mungkin tidak dapat menyedari pergerakan bayi. Sebaik-baiknnya, lakukan rutin ini ketika anda berada di dalam keadaan tenang. Sehubungan itu ada beberapa cara untuk merangsang bayi bergerak.

Panduan berikut mungkin dapat membantu:
  • Baring secara mengiring dengan mengampu punggung dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks
  • Halakan bunyi muzik ke perut anda. Bagi muslim adalah lebih baik anda mendengarkan ayat suci Al-Quran.

Cara Mengira Pergerakan Bayi

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

3 ulasan to ''Cara Mengira Pergerakan Bayi"

ADD COMMENT
  1. Masa mengandung anak pertama, sy kurang beri perhatian kiraan gerakan anak. Sibuk dengan kerja juga buat sy kira gitu2 je. Tengok2 masa nak edd air ketuban kurang. Mungkin sb sy juga kurang minum air kosong. Air manis je. Doc saran untuk caeser. Alhamdulillah dapat lahirkan anak secara normal.

    P/s: kiraan gerakan anak memang penting.

    BalasPadam
  2. Mmg penting kira gerak baby. Kalau rasa kurang gerak cepat2 lah ke hospital. Kita tak tahu kat dlm mcm mn.

    BalasPadam
  3. Saya pregy ank first,.sebelom nie bayi sya bergerak seperti biasa dan gerakan dia pun kadang melebihi 10kali dari jam 9am-9pm,.tapi sejak 2 hari saya merasa gerakan dia tk seperti biasa,tk sampai 10kali dlm waktu y diminta,.mohon pendapt .

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM